Identiti 5 penumpang kapal selam Titan didedahkan

Identiti 5 penumpang kapal selam Titan didedahkan

Usaha mencari kapal selam Titan yang hilang di kawasan bangkai kapal Titanic di Lautan Atlantik Utara diteruskan ketika bekalan oksigen hampir kehabisan, lapor akhbar New York Times.

Kapal selam laut dalam yang boleh menyelam lebih 4 kilometer di bawah laut itu membawa lima penumpang semasa terputus hubungan dengan permukaan pada Ahad lalu.



Identiti lima penumpang tersebut ialah Stockton Rush, Hamish Harding, Paul-Henri Nargeolet, Shahzada Dawood dan anak lelakinya, Suleman.

Rush ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate Expeditions iaitu syarikat yang mengendalikan kapal selam Titan. Beliau mengemudi Titan dalam ekspedisi malang tersebut.

Rush mengasaskan Ocean Gate Expeditions pada 2009. Syarikat swasta itu berpangkalan di bandar Everett, negeri Washington.

Seorang lagi penumpang, Harding, 58, merupakan ahli perniagaan, penjelajah dan bilionair Britain, demikian menurut pengarah urusan syarikat Action Aviation, Mark Butler.



Bilionair yang mencatat namanya dalam Guinness World Records itu menulis di laman Facebooknya, Sabtu lalu bahawa dia berbangga dapat menyertai Titan itu. Hamish juga merupakan pengerusi Action Aviation iaitu sebuah syarikat jualan dan operasi udara berpangkalan di Dubai.

Nargeolet pula ialah seorang pakar maritim Perancis yang melakukan lebih 35 selaman ke lokasi Titanic. Dia ialah pengarah penyelidikan bawah air untuk RMS Titanic Inc. iaitu sebuah syarikat yang diberi hak untuk menyelamatkan bangkai kapal Titanic.

Shahzada, 48, yang merupakan ahli perniagaan berketurunan Britain-Pakistan turut berada di dalam kapal selam Titan bersama anak lelakinya yang berumur 19 tahun, Suleman. Sahzada ialah naib pengerusi syarikat Engro Corporation. Dia berasal daripada keluarga antara terkaya di Pakistan. – Agensi

Identiti 5 penumpang kapal selam Titan didedahkan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia



Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata



Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker