Kopi eksklusif Jacu daripada najis burung RM8,000 sekilogram

Kopi eksklusif Jacu daripada najis burung RM8,000 sekilogram

BRASILIA, BRAZIL – Seorang pemilik ladang kopi di Espirito Santo, Brazil mengeluarkan kopi eksklusif yang dihasilkan daripada najis burung jacu, lapor laman berita Oddity Central.

Henrique Sloper yang memiliki ladang kopi Camocim tidak menyangka rancangannya untuk menghalau burung jacu memenuhi kawasan ladangnya berakhir dengan haiwan tersebut menjadi ‘rakan kongsi perniagaannya’.



Menurut Sloper, disebabkan sukar untuk menghalau burung jacu, dia mula menyedari bahawa haiwan itu hanya makan biji kopi yang paling masak di ladang sekali gus menjamin kualiti tinggi bagi aroma kopi yang keluar daripada najisnya.

Walaupun ia menelan dan mengeluarkan biji kopi dengan sempurna, pencernaan burung menghilangkan hampir semua kafein dalam biji kopi serta keperluan untuk penapaian.

Sloper berkata, dia mengambil masa yang agak lama untuk meyakinkan para pekerjanya agar menuai najis burung dan bukannya biji kopi.

Selepas dua tahun menjalankan ujian, Ladang Camocim kini menjadi satu-satunya di dunia yang menghasilkan kopi daripada najis burung jacu dan telah menjualnya selama kira-kira satu ekad.



Ia popular di negara seperti Perancis, Jepun dan Britain di mana pusat beli-belah mewah seperti Harrods menjualnya pada harga £1,400 (RM8,308) untuk satu kilogram.

Disifatkan sebagai rasa menyerupai buah dan lebih berasid daripada kopi jenis lain, kopi najis jacu amat eksklusif sehinggakan ia hanya dihasilkan apabila mempunyai permintaan spesifik daripada pembeli. K Online

Kopi eksklusif Jacu daripada najis burung RM8,000 sekilogram

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia

Diva AA serang Diva BB? (Video)



Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata

Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker