Penghantar makanan disamun dua lelaki di tepi jalan

Penghantar makanan disamun dua lelaki di tepi jalan

Kuala Langat: Penghantar makanan berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki bersenjatakan parang di tepi jalan di Jenjarom, dekat sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian 1.36 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun ditahan seorang suspek yang berpura-pura mahu meminta bantuan.



Suspek kemudian cuba menarik kunci motosikal mangsa namun gagal sebelum seorang suspek yang berada di dalam semak keluar dan menyamun mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, mangsa kerugian RM2,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan usaha memburu kedua-dua suspek yang dipercayai warga Indonesia sedang giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi polis di talian 03-31872222. HM



Penghantar makanan disamun dua lelaki di tepi jalan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia



Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata



Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker