Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar

PETALING JAYA- Power bank, pemetik api dan minyak wangi antara barangan yang boleh menjadi punca kebakaran sesebuah kenderaan.

Menerusi rakaman yang dibuat oleh Pakwee888 di aplikasi TikTok miliknya berkata, barangan itu antaranya ‘power bank’, pemetik api dan minyak wangi beralkohol.

“Peralatan pertama adalah power bank dan barang-barang yang mempunyai bateri. Kebiasaannya ramai yang memilih untuk meninggalkan barangan tersebut sama ada di atas ‘dashboard’ atau di kerusi



“Pemetik api dan barangan bergas seperti pembunuh nyamuk juga tidak boleh sewenangnya ditinggalkan kerana kereta yang dibiarkan dalam keadaan yang panas lebih berpotensi melibatkan kebakaran,” jelasnya.

Dalam pada itu, minyak wangi yang beralkohol yang sering ditinggalkan untuk dijadikan barangan lebihan juga tidak elok dibiarkan di dalam kereta.

“Apabila minyak wangi itu terkena sinaran matahari, bukan setakat botolnya pecah malah baunya juga akan berubah menjadi lain,” katanya.

Sungguhpun begitu, ramai yang tidak peka dan tidak mengetahui tindakan meninggalkan barangan ini sebenarnya membawa padah apabila ditinggalkan lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.



“Hal itu boleh menyebabkan kereta meletup sekiranya ia tinggal dalam jangka masa yang panjang,” jelasnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya



“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker