Cempedak kayangan dijual RM2 seulas

Cempedak kayangan dijual RM2 seulas

Orang ramai meluahkan rasa terkejut apabila melihat harga cempedak goreng tidak masuk akal yang dijual seorang peniaga baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Negeri Sembilan Kini, memaparkan gambar sebuah gerai yang menjual cempedak goreng dengan harga RM2 seulas dan RM10 bagi lima ulas.



Berdasarkan gambar itu, saiz cempedak goreng tersebut turut dipersoalkan kerana dilihat agak kecil dan tidak berpatutan dengan harga yang ditawarkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut selain tidak kurang juga yang turut berseloroh mengenai perkara berkenaan.

“Nasib baik lah dekat kebun memang ada tanam pokok cempedak dan menjadi. Tak perlu beli cempedak mahal ni,” komen Sarip dol.

“Eh, kenapa murah sangat ni. Lambat lah peniaga dan pergi haji, kalau jual murah macam tu,” seloroh Shamsudin Azmi.



“Harga kayangan, ‘tauke’ mesti pakai Vellfire, sebab tu harga sampai macam ni,” komen Hisham.

Perkongsian itu meraih perhatian orang ramai sehingga mencecah 1,300 tanda suka, 678 komen dan 72 perkongsian di aplikasi Facebook. K Online

Cempedak kayangan dijual RM2 seulas

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya



“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker