Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil

Orang ramai dilihat bertindak memboikot syarikat Grab ekoran insiden tular membabitkan seorang penghantar makanan yang mendakwa digantung perkhidmatan selepas menegur dua warga Singapura mengisi minyak RON95.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata ramai mula memberikan ‘rating’ (penilaian) yang rendah selain memadam aplikasi tersebut daripada telefon pintar masing-masing sekiranya dakwaan tersebut benar .

Sehubungan itu, Grab digesa untuk memberikan penjelasan serta-merta berhubung dakwaan berkenaan.



“Abang @GrabMY, betul ke abang yang lapor warga Singapura curi petrol subsidi Malaysia kena buang kerja?

“Saya nak padam aplikasi Grab kalau betul,” kata seorang pengguna di laman Twitter.

“Serius ke? Saya pun nak ‘uninstall’ (padam) dan buang aplikasi Grab daripada kedai saya kalau dakwaan ini benar,” kata Yaya.

“YB @fahmi_fadzil minta tolong jasa baik untuk siasat perkara ini jika ada sebarang ketidakadilan oleh Grab,” kata Izul.



“Ini semua sebab Grab tak siasat dahulu tapi terus menggantung akaun ‘rider’ disebabkan laporan daripada orang lain,” kata seorang lagi pengguna.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang penghantar makanan yang tular kerana menegur dua warga Singapura isi minyak menggunakan tong mendakwa hilang kerja selepas akaun Grab miliknya digantung sejak semalam.

Menerusi perkongsi sebuah video di laman Tiktok matkibot, lelaki warga tempatan yang berusia 44 tahun berkata, akaun aplikasi pintar telah digantung (suspended) sejak pukul 6 petang semalam.

“Selepas video ini viral di media sosial, Grab telah gantung akaun saya pada pukul 6 petang hari ini (semalam), saya segera menghubungi perkhidmatan pelanggan Grab. Saya diberitahu akan dihubungi pihak atasan Grab dalam masa 24 jam.



“Selepas 20 minit saya telah dihubungi pihak Grab, saya diberitahu ada orang membuat laporan,” ujarnya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya



“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker