Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin

Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin

Pemilik rangkaian pasar raya besar memberi amaran bahawa harga runcit beras 10kg akan meningkat sekurang-kurangnya RM1 bulan depan.

Pengarah Urusan Pasar Raya Besar Mydin Ameer Ali Mydin berkata ini adalah tambahan kepada kenaikan harga bulan lepas antara RM1 dan RM2 sekampit bagi beberapa jenis beras, termasuk beras putih import.



“Kami telah diberitahu oleh pembekal bahawa akan ada peningkatan lagi antara RM1 hingga RM2 untuk beras 10kg. Ini jelas akan meningkatkan harga jualan runcit sebanyak RM1 hingga RM2 untuk beras 10kg,” katanya kepada FMT

Ameer mengaitkan kenaikan harga itu berpunca daripada kelemahan ringgit serta kenaikan kos lain, termasuk elektrik dan buruh.

Beliau berkata pembekal sudah mula menjual beras putih tempatan, yang tertakluk kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 5%, pada RM12.80, meningkat daripada RM12.50 setiap beg 5kg, mengurangkan keuntungan peruncit.

“Kos kepada kami juga telah meningkat daripada RM12.50 untuk beras 5kg kepada RM12.80 untuk beras 5kg, tetapi kami masih perlu menjual pada harga RM13,” katanya merujuk kepada kawalan harga yang dilaksanakan oleh Putrajaya.



Beliau mengaitkan lonjakan harga beras putih tempatan berpunca daripada kekurangan bekalan akibat gelombang panas baru-baru ini yang menjejaskan penuaian musim lalu, namun katanya, bekalan dijangka stabil menjelang September.

Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia (Primas), J Suresh, memberi amaran bahawa satu lagi kenaikan harga beras import, bersama-sama dengan peningkatan kos bahan mentah, boleh memaksa pengusaha restoran menaikkan harga mereka.

Beliau berkata ini juga boleh menyebabkan tawaran Menu Rahmah terhenti, inisiatif kerajaan yang menawarkan hidangan pada harga RM5 dan ke bawah di kedai makan terpilih.

Suresh berkata menu berharga rendah itu memerlukan pengusaha restoran menyerap kos tertentu, yang hanya boleh dilakukan untuk sebulan lagi.



“Kami juga menawarkan Menu Rahmah, sehingga hari ini kami terus melakukannya. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memberitahu kami mereka akan memberikan sedikit subsidi, tetapi (mereka) tidak melakukan apa-apa (sehingga kini),” katanya.

Beliau merujuk pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim April lalu berhubung diskaun khas kepada peniaga Menu Rahmah untuk barangan seperti ayam, bawang dan bahan makanan asas lain di pasar raya terpilih. FMT

Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya



“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker