Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa

PASIR MAS – Tiga anggota polis berpangkat konstabel dan seorang lagi koperal didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memeras ugut wang sebanyak RM980 daripada tiga individu termasuk dua wanita yang ditahan berkhalwat pada hujung tahun lalu.

Tertuduh, Muzamir Izhan Rosli, 35, Roshafizzi Shaari (29), Ahmad Izzul Ikhwan Mohd. Anuar, (26), dan Muhammad Nur Izhan Rosli Mohd. (23) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Badrul Mohd. Hamdy.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap seorang wanita berusia 23 tahun, remaja perempuan berusia 17 tahun dan remaja lelaki berusia 19 tahun.



Kesemua tertuduh mengugut untuk menyerahkan dua daripada mangsa yang ditangkap berkhalwat kepada Jabatan Agama Islam sekali gus mendorong wanita berusia 23 tahun memberi wang tunai sebanyak RM980 kepada mereka.

Perbuatan itu dilakukan oleh mereka di sebuah rumah di Bukit Bunga, Tanah Merah kira-kira pukul 4 pukul pagi pada 28 Disember 2022.

Keempat-empat pertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, Roshafizzi turut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun pada tarikh, lokasi dan masa yang sama.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar Adli manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falenna mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap tertuduh melibatkan kes pemerasan dan jumlah sama kepada Roshafizzi yang berdepan pertuduhan amang seksual.

Kesemua tertuduh dalam rayuan mereka memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan tersebut.



Mahkamah kemudiannya membenarkan keempat-empat tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM5,000 selepas mengambil kira faktor mereka merupakan penjawat awam dan masih bekerja.

Selain itu, mahkamah turut menetapkan jaminan RM5,000 kepada Roshafizzi bagi pertuduhan amang seksual dan menetapkan 24 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya



“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker