Anak istimewa Adi Putra baca doa mengundang sebak

Anak istimewa Adi Putra baca doa mengundang sebak

Tidak pernah menyembunyikan anaknya, namun kesibukan kerja antara sebab Datuk Adi Putra, 42, jarang berkongsi soal anak-anak dalam laman sosial.

Bagaimanapun, kehadiran anak istimewanya, Zara Adelia, 11, ketika majlis tayangan filem pertama arahan Adi berjudul Syaaban, mencuri tumpuan ramai, semalam.



Pimpinan doa Adelia yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan mengundang sebak di kalangan tetamu yang hadir. Adelia dilihat bersungguh-sungguh cuba membaca doa sehingga selesai sebelum memeluk erat bapanya.

Adi berkata, anak keduanya itu di kesan menghadapi masalah pendengaran ketika berusia enam bulan.

“Saya mengesyaki anak menghadapi masalah pendengaran apabila bunyi bising kenderaan lalu lalang di luar rumah langsung tidak mengejutkannya tidur.

“Sedangkan saya terbangun akibat terkejut bunyi bising. Saya dan isteri membawa Adelia membuat pemeriksaan dan pelbagai usaha dilakukan, termasuk menggunakan alat bantuan pendengaran, tetapi tidak berhasil.



“Disebabkan tiada satu pun usaha dapat memulihkan pulihkan pendengaran Adelia akhirnya kami reda dan anggap ini adalah amanah Allah,” katanya.

Bagi berkomunikasi dengan anaknya, Adi berkata, dia dan isteri menggunakan bahasa isyarat selain turut berkomunikasi melalui WhatsApp.

“Alhamdulillah, saya boleh berbahasa isyarat atau ada masanya, kami berkomunikasi menggunakan mesej atau panggilan video.

“Adelia seorang anak yang sangat istimewa, dia boleh memahami isi hati tanpa saya berkata apa-apa,” katanya.



Berbicara mengenai kejayaannya membolosi kelompok Top 5, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 bagi kategori Aktor Filem Popular, Adi tidak menyangkal filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menjadi salah satu faktor kejayaannya itu.

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur jika menang, tetapi populariti bukan lagi perkara yang dikejar selepas lebih dua dekad berada dalam industri.

“Generasi silih berganti, saya harus terima hakikat yang diri sudah berusia. Tiada apa lagi yang ingin saya kejar dalam dunia glamor.

“Jika menang tentunya saya bersyukur, tetapi sekiranya ada nama-nama yang baharu, dipersilakan,” katanya.



Selain Adi, turut bersaing bagi kategori Aktor Filem Popular termasuklah Beto Kusyairy, Fattah Amin, Zizan Razak dan Zul Ariffin. BH

Anak istimewa Adi Putra baca doa mengundang sebak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker