Wanita bukan Islam berseluar pendek di Kelantan dikompaun

Wanita bukan Islam berseluar pendek di Kelantan dikompaun

Seorang wanita bukan Islam dikompaun kerana “berpakaian tidak sopan” di Kelantan, semalam.

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) berkata, notis itu dikeluarkan kepada pemilik perniagaan berusia 35 tahun ketika pegawai penguatkuasaannya melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan.



“Pemilik (perniagaan) bukan Islam itu didapati berseluar pendek di tempat awam, untuk itu dia diberikan notis kompaun,” kata Presiden MPKB, Rosnazli Amin menurut New Straits Times.

Beliau berkata, wanita itu melakukan kesalahan mengikut 34(2)(b) Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 2019, yang menyatakan pemilik perniagaan bukan Islam dan pekerja bukan Islam mereka perlu “berpakaian sopan”.

Menurut notis kompaun yang tular di media sosial, wanita itu perlu membayar dalam tempoh tujuh hari atau berdepan tindakan undang-undang. FMT

Wanita bukan Islam berseluar pendek di Kelantan dikompaun



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha



Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial



Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker