Khairy bersama kita atau tidak, PN tetap menang PRN di 6 negeri – Wan Saiful

Khairy bersama kita atau tidak, PN tetap menang PRN di 6 negeri – Wan Saiful

BUTTERWORTH: Perikatan Nasional (PN) yakin memenangi semua kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri biarpun bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, membuat keputusan tidak bersama gabungan itu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata secara peribadinya beliau memang berharap Khairy menerima tawaran untuk menyertai BERSATU kerana ketokohan yang ada pada pemimpin itu.



Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada bekas Ahli Parlimen Rembau berkenaan sama ada mahu bersama dengan PN atau tidak.

“Kita sudah dimaklumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengerusi PN) yang memberi penjelasan kepada kita (soal tawaran kepada KJ) dalam Majlis Tertinggi dan ketika ini, biarlah perbincangan itu antara mereka berdua.

“Majlis Tertinggi bersetuju sepenuhnya apa yang disuarakan Tan Sri Muhyiddin dan keputusan sekarang adalah di pihak KJ.

“Secara peribadi, sebagai orang yang sudah lama mengikuti ketokohan KJ, sudah semestinya saya berharap beliau boleh bersama kita (PN).



“Tetapi, pada masa sama, dia bersama dengan kita atau tidak, PN tetap akan menang pada PRN di enam negeri nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan tawaran terhadap Khairy selepas menziarahi seorang peniaga yang mengalami masalah kesihatan di Jalan Sungai Dua, Alor Merah, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Muhyiddin pada Mei lalu, mengakui ada menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU kepada Khairy, jika beliau mahu menyertai parti itu.

Pengerusi PN itu mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas pemimpin itu dipecat daripada UMNO, pada Januari lalu.



Sumber PN memaklumkan, Khairy tidak akan menyertai mana-mana parti politik, termasuk BERSATU mahupun menubuhkan parti baharu dalam waktu terdekat.

Mengulas lanjut, Wan Saiful, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, ketika ini, gabungan menunggu sahaja apa juga keputusan daripada Khairy. BH

Khairy bersama kita atau tidak, PN tetap menang PRN di 6 negeri – Wan Saiful

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie



Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker