Shuib tersalah sebut nama isteri

Shuib tersalah sebut nama isteri

Selepas rintik hujan, Allah hadirkan pelangi dengan menitipkan suri hati baharu buat pelawak dan penyampai radio popular, Shuib, 38.

Shuib yang menjalani kehidupan solo selepas pemergian arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin kini bergelar suami kepada usahawan, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, atau Watie dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya, malam kelmarin.



Biarpun pernah melalui pengalaman bernikah, namun Shuib mengakui, tetap berdebar.

“Alhamdulillah, lega sangat akhirnya majlis berjalan seperti dirancang.

“Sepanjang petang saya berdebar kerana risaukan perkara tidak diingini berlaku, tetapi syukur semuanya dipermudahkan.


Baca Artikel Menarik:

Raja Atiq tayang aurat, netizen jadi tak keruan




“Selain itu, saya juga risau tersalah sebut nama isteri ketika akad nikah kerana namanya panjang dan unik.

“Bagaimanapun, saya sudah lama praktis menyebutnya kerana bimbang tersasul,” katanya kepada kepada BH Online selepas majlis pernikahan.

Shuib berkata, dia mahu isterinya sentiasa berada di rumah memandangkan anak sulungnya Uwais Alqarni, 12, akan memasuki alam remaja, tidak lama lagi.



“Uwais akan menginjak remaja, jadi saya mahu dia mendapat perhatian kami.

“Saya pula sentiasa sibuk, setidak-tidaknya bila ada Watie, adalah orang yang dapat membimbing dan memberi perhatian kepada Uwais,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Puteri Balqis buat fesyen ke buang tabiat?




Mengulas soal zuriat, Watie berkata, dia ingin memberikan tumpuan kepada anak-anak yang sedang membesar dahulu.

“Saya ambil keputusan menjaga anak-anak yang ada dahulu.

“Saya tidak kisah bergelar suri rumah seperti permintaan suaminya. Dari awal lagi, Shuib cakap mahu saya menjadi suri rumah sepenuh masa,” katanya.

Shuib dan Watie kini sedang meluangkan masa berdua di Pulau Langkawi untuk pra bulan madu, sebelum terbang ke Turki bersama anak-anak pada Ogos depan.



Hasil perkongsian hidup Shuib dan arwah Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2. BH

Shuib tersalah sebut nama isteri


Baca Artikel Menarik:

Shuib, Watie tunjuk jari apa tu?

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker