Fiza Halim kena tegur lagi
Fiza Halim kena tegur lagi
PELAKON dan penyanyi Fiza Abdul Halim baru-baru ini menarik perhatian peminatnya apabila dilihat berbelanja sakan, membeli bag berjenama mewah, Louis Vuitton.
Tapi apa yang lagi menarik perhatian pengikutnya adalah penampilan Fiza, yang seolah-olah memberi bayangan, tidak lama lagi tudung yang terletak di atas kepalanya bakal ‘melayang’.
Eh! Dah kenapa pula? Mana tidaknya, sebelum ini, elok sahaja tudungnya terletak elok dan rapi. Tapi sekarang, sikit-sikit dah mula nampak bahagian rambut. Bukan sahaja rambut, Fiza juga menayang bahagian dadanya.
Gaya yang ditampilkan Fiza itu sekali gus memancing perhatian pengikutnya dalam Instagram, apabila tindakannya itu ditegur.
Ramai yang bimbang, takut esok lusa, Fiza buka tudung. Sebab dah ramai selebriti yang sejak akhir-akhir ini, daripada elok bertudung litup, tiba-tiba kembali tayang rambut.
“Nampak rambut. Maaf kalau salah. Dulu kak Fiza pakai kemas tudung,” tegur seorang pengikutnya.
“Nampak fesyen macam tak lama lagi, terbanglah tudung tu,” kata seorang lagi pengikutnya.
Alamak! Mungkin Fiza tak perasan kot. Tapi mustahil, sebab berkali-kali juga nampak Fiza bergaya depan cermin dekat dalam kedai jenama mewah itu. Doa yang baik-baik sahaja la. K Online
Fiza Halim kena tegur lagi
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP