Ahmad Fadhli tahu kaki DAP basah kerana pernah bersama – Shahrir

Ahmad Fadhli tahu kaki DAP basah kerana pernah bersama – Shahril

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari tahu ‘kaki’ DAP basah kerana parti itu pernah bersama-sama dengan DAP.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad memulangkan paku buah keras terhadap Ahmad Fadhli selepas beliau mendakwa DAP melayan Barisan Nasional (BN) seperti kain buruk yang digunakan untuk mengelap kaki ketika basah.

“Ni hendak memperlekehkan BN sebagai ‘kain buruk pengelap kaki basah DAP’. Pas pun pernah bersama dengan DAP. Itu yang tahu sangat kaki DAP itu basah? Takkan setakat kaki je kot?

“Dan masih ada sehingga ke hari ini, bekas pemimpin Pas bersama setia dengan DAP – bukan orang BN. Lap sahajalah wahai YB. Aiwa?” sindir Shahrir.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mendakwa Ahmad Fadhli seorang pemimpin berfikiran lemah.

Ini kerana Ahmad Fadhli pernah memperlekehkan usaha BN supaya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan simpanan ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Dulu ‘hikayat’, sekarang ‘ibarat’ pula. Kesian, pemimpin tapi pemikiran lemah.

“Sebelum ini, melekehkan cadangan pengeluaran simpanan KWSP oleh Datuk Seri Najib sebagai ‘hikayat Puteri Gunung Ledang’.

“Akhirnya, apabila pengeluaran simpanan KWSP dapat membantu pemulihan kehidupan beribu yang terkesan dari perintah berkurung Kerajaan Tan Sri Muhyidin, terpaksalah pemimpin muda Pas mengakui ia hanya mampu setakat retorik memperlekehkan orang lain,” katanya.

Pada November 2020 Ahmad Fadhli menyifatkan ‘sokongan bersyarat’ BN terhadap Belanjawan 2021 yang dinyatakan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang.

“Sedikit berbeza dengan ahli parlimen lain, saya rasa meletakkan syarat sokongan supaya kerajaan meluluskan pengeluaran kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) Akaun 1 dan lanjutan automatik moratorium agak janggal kerana ia tiada keperluan dalam Belanjawan 2021 ini.

“Saya rasa ia seperti (hikayat) Puteri Gunung Ledang yang meminta Sultan Melaka membuat jambatan (emas), hidangan (hati) nyamuk sekian, sekian, namun bukan bertujuan untuk terima pinangan tetapi petanda untuk tolak pinangan itu,” katanya.

Semalam beliau dilaporkan berkata, perumpamaan ‘kain buruk’ yang beliau gunakan terhadap BN meskipun bunyinya kasar tetapi bukan bermaksud secara peribadi bermusuhan dengan rakan-rakannya dalam BN.

Beliau menggambarkan situasi BN sekarang yang berada bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan dengan kiasan seumpama itu, selepas ada Tony Pua dari DAP menggelar BN sebagai pakatan korup. MG

Ahmad Fadhli tahu kaki DAP basah kerana pernah bersama – Shahril

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker