Menara Taming Sari alami kegagalan teknikal, 36 pengunjung hadapi detik cemas!

MELAKA: Seramai 36 pengunjung termasuk lapan kanak-kanak dan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang menaiki Menara Taming Sari di Banda Hilir, di sini berdepan detik cemas apabila menara berputar setinggi 110 meter itu mengalami kerosakan, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.58 petang tadi, kesemua penumpang berkenaan tersangkut pada ketinggian 60 meter ketika menara ikonik itu sedang bergerak turun.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad, Azlan Abidin berkata pasukan teknikal Menara Taming Sari bagaimanapun berjaya mengawal keadaan berkenaan.

“Semasa kejadian berlaku, menara berputar yang membawa 36 pelanggan iaitu dewasa 26 orang, kanak-kanak lapan orang dan warga emas serta OKU masing-masing seorang sedang bergerak untuk turun dan secara tiba-tiba ia terhenti pada ketinggian 60 meter.

“Bagaimanapun pihak kami telah mengambil langkah penyelamatan awal yang mengambil masa kira-kira 30 minit dan kesemua mangsa telah berjaya dibawa turun dengan selamat tanpa sebarang kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi.

Justeru, beliau menyeru orang ramai untuk tidak bimbang dan pihaknya kini sedang menunggu laporan teknikal yang lengkap berhubung insiden berkenaan.

Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.58 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba telah memastikan proses membawa turun pelantar berkenaan di dalam keadaan baik dan mangsa terperangkap berjaya dibawa keluar ke tempat selamat.

“Pihak penyelenggaraan Menara Taming Sari juga telah bertindak menggunakan motor sokongan untuk menurunkan pelantar ke bawah setelah motor utama mengalami masalah teknikal,” jelasnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perdana Menteri perlu pecat menteri buat kecoh di KLIA – Ketua Pemuda UMNO

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker