SPRM jumpa Tiong hari ini

SPRM jumpa Tiong hari ini

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki mengesahkan pertemuan bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing esok susulan dakwaan rasuah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata, pelancong dari China yang dikatakan menjadi mangsa kepada perlakuan rasuah berkenaan juga akan turut serta dalam pertemuan itu.

“Sudah pasti maklumat mendakwa terdapat perlakuan rasuah didedahkan menerusi laporan media, jadi SPRM perlu mendapatkan maklumat berkenaan untuk penelitian.

“Kita akan mengadakan pertemuan dengan kedua-dua individu berkenaan kerana tidak mahu ada individu cuba mengambil kesempatan dalam keadaan yang tegang,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Azam baki menyeru orang ramai bersabar kerana pihaknya akan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

Semalam, Azam berkata, pegawainya akan menyiasat dakwaan rasuah membabitkan pegawai imigresen di KLIA dan penyalahgunaan kuasa “kronik” di pintu masuk negara.

Jumaat lalu, Tiong mengakui beliau adalah menteri dilapor mencetuskan kekecohan di KLIA bagi membantu seorang wanita warga China yang ditahan daripada memasuki Malaysia.

Katanya, wanita itu ada memaklumkan ada pegawai bertanya “bila wang mahu dibayar” merujuk kepada sogokan.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu, turut mendakwa ada pegawai meminta sekurang-kurangnya RM3,000 untuk dikeluarkan daripada tahanan, RM3,000 lagi jika ingin masuk semula, selain RM12,000 bagi kos memproses visa. FMT

SPRM jumpa Tiong hari ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker