Nasir saman Finas, menteri

Nasir saman Finas, menteri

“Saya sudah berusaha mencari jalan penyelesaian, tetapi gagal. Jadi, apabila tidak dapat maklum balas positif untuk selesaikan, saya nampak tindakan yang baik menerusi perundangan,” kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Prof Dr Md Nasir Ibrahim, 64.

Terdahulu, Md Nasir dilaporkan memfailkan saman terhadap Finas dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini, baru-baru ini.

Md Nasir ketika dihubungi berkata, beliau ada menghubungi dan mengirim mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi tidak dibalas.

Katanya, ada juga perjumpaan dibuat dengan seorang wakil rakyat di Parlimen dan Setiausaha Politik Fahmi, namun tidak mendapat jalan penyelesaian.

“Saya nampak dari segi undang-undang kita ada perkara-perkara mengikat sebagai penjawat awam di bawah badan berkanun, kita ada tatacara yang tertentu.

“Ditambah, saya sendiri nak membersihkan nama. Di samping nak menegakkan keadilan dan juga dapatkan kebenaran. Jadi, mungkin dengan cara macam ini (undang-undang) kita dapat tahulah apa tradisi tata kelola Finas mengikut akta-akta termaktub.

“Apabila melihat juga ada perkara tidak dirujuk, maka saya nampak pemendekan perkhidmatan saya itu ada keraguannya. Justeru, saya berbincang dengan peguam dan teruskan tindakan undang-undang,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Md Nasir, beliau berusaha untuk berjumpa dengan Fahmi kerana nak berbincang dari hati ke hati untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku hingga menyebabkan tindakan memendekkan tempoh perkhidmatannya sebagai CEO Finas itu dibuat.

“Mungkin beliau (Fahmi) mendengar daripada sebelah pihak saja sebelum ini iaitu ahli perbadanan. Oleh itu, perlu untuk saya perjelaskan bagi pihak sendiri supaya diperdengarkan kedua-dua belah pihak untuk ambil tindakan.

“Apa yang penting, beliau dengar dulu daripada dua belah pihak dan saya tidak kisah sekiranya nak diteruskan juga tindakan selepas mendengarnya. Tapi, apa yang penting saya nak memperjelaskan kalau ada isu misalnya, apa isu itu saya nak tahu.

“Kalau isu penjajaran semula itu adakah saya tiada pencapaian sepanjang setahun tujuh bulan berkhidmat. Sedangkan saya dah ada pelan strategik dari 2022 sehingga 2027 untuk industri merangkumi holistik dan komprehensif,” katanya.

Menurut Md Nasir, sekiranya pemendekan kontrak itu ada kaitan dengan dakwaan beliau curi tulang seperti ponteng ketika bekerja, itu adalah fitnah.

Katanya, beliau menyangkal dakwaan berkenaan dengan tegas kerana amat berdedikasi ketika bekerja.

Dalam writ dan pernyataan tuntutan saman yang difailkan pada 28 Jun lalu, Md Nasir selaku plaintif menuntut sebanyak RM134,083 sebagai ganti rugi khas serta faedah lima peratus.

Plaintif menamakan Finas, Menteri Komunikasi dan Digital (Fahmi Fadzil), Datuk Kamil Ahmad Mohd Othman, Mastura Ahmad Mustafa, Noor Azam Shairi dan Idwan Ariff Abdul Rahman sebagai defendan pertama hingga keenam.

Beliau juga mahu pengisytiharan bahawa surat penamatan 31 Mei lalu yang ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Finas, Kamil Othman adalah terbatal dan tidak sah di bawah undang-undang.

Md Nasir yang juga bapa pelakon Anzalna dan Afifah Nasir dilantik sebagai CEO Finas pada 31 Oktober 2021 bagi tempoh dua tahun yang berkuat kuasa mulai 1 November tahun itu sehingga 30 Oktober depan.

Bagaimanapun, beliau dikejutkan dengan penerimaan surat pemendekan kontraknya sebagai CEO Finas pada 31 Mei lalu, jam 4.30 petang sekali gus berkuat kuasa serta-merta mulai 1 Jun lalu. HM

Nasir saman Finas, menteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker