Punca orang Melayu tak sokong Anwar

Gagal atasi isu 3R

Punca orang Melayu tak sokong Anwar

Seorang penganalisis berpendapat rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim lebih kepada isu 3R (kaum, agama dan raja) bukan ketiadaan hala tuju ekonomi seperti didakwa Khairy Jamaluddin.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata sentimen itu yang dimainkan PAS dan Bersatu menjadikannya sebagai pilihan orang Melayu serta Islam meskipun kemampuannya menguruskan ekonomi belum terbukti.



Menurutnya, orang Melayu telah tawar hati untuk berpaut dengan Umno yang berada pada kedudukan paling lemah termasuk persepsi DAP sebagai parti terkuat dalam kerajaan perpaduan.

“Kenapa sokongan ‘gelombang hijau’ itu masih berlaku? Ini kerana faktor 3R dimana pengundi Melayu masih tertekan melihat seolah-olah kerajaan tidak mampu untuk pertahankan kepentingan Islam, orang Melayu dan institusi raja itu sendiri,” katanya.

“Kalau lihat kenapa orang Melayu tidak puas hati bukan disebabkan ekonomi…memang betul ia dikatakan agak teruk dengan (menyebabkan) keperitan rakyat, tetapi itu secara purata.”

Pada 20 Jun lalu, Khairy, bekas ketua Pemuda Umno berkata kesukaran Anwar mendapat sokongan orang Melayu lebih kepada rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya yang tiada hala tuju ekonomi, bukan “gelombang hijau” dibawa Perikatan Nasional (PN).



Bekas menteri kesihatan itu berkata negara sejak tujuh bulan lalu berdepan masalah “kekurangan hala tuju ekonomi yang jelas”, ditambah ringgit lemah serta peningkatan kos sara hidup yang menjejaskan kuasa beli rakyat.

Penganalisis keselamatan dan politik Noor Nirwandy Mat Noordin pula berkata ekonomi negara masih dalam fasa pemulihan dan wajar pentadbiran Anwar yang belum berusia setahun diberi peluang.

“Sudah tentu dari segi sentimen dilihat Anwar masih lagi mempunyai tugas perlu diselesaikan, jadi pentingnya kerajaan diberi ruang dan dibantu dengan pandangan bernas semua pihak termasuk pembangkang,” katanya. FMT

Punca orang Melayu tak sokong Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib



Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?



Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker