SPRM kesan ejen minta rasuah RM18,000 di KLIA

SPRM berkata ia sebahagian siasatan dakwaan rasuah susulan insiden kekecohan membabitkan seorang warga China.

SPRM kesan ejen minta rasuah RM18,000 di KLIA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang ejen yang meminta rasuah RM18,000 untuk “menyelesaikan” kes seorang pelancong asing tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini.

Sumber badan anti-rasuah itu berkata pihaknya telah mengenal pasti orang tengah terbabit untuk membantu siasatan dakwaan rasuah membabitkan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



“Satu siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengesahkan perkara ini. Setakat ini tiga keterangan saksi termasuk menteri terlibat dan dua orang saksi utama warga China telah diambil.

“Beberapa orang pegawai imigresen terlibat akan dipanggil untuk diambil keterangan hari ini,” katanya.

Jumaat lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing mengakui beliau ialah menteri dikaitkan dengan kejadian kekecohan di balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membantu seorang warga China yang ditahan daripada memasuki Malaysia.

Beliau mendakwa wujud budaya rasuah membabitkan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa “kronik” di pintu masuk negara.



Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan siasatan dibuat mengikut seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan masa bagi SPRM melengkapkan siasatan. FMT

SPRM kesan ejen minta rasuah RM18,000 di KLIA

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya



Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker