Fizz Fairuz beli anugerah?

‘Saya Berniaga, Sambal Sampai Turkiye’

Fizz Fairuz beli anugerah?

Pelakon Datuk Fizz Fairuz menafikan dakwaan yang mengatakan dia ‘membeli’ anugerah Best Business Award 2023 yang diterimanya dalam majlis Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia 2023, baru-baru ini.

Fizz atau nama lengkapnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata berkemungkinan tuduhan itu dilemparkan netizen disebabkan perniagaan yang diusahakan bersama isteri, Datin Almy Nadia tidak mendapat perhatian umum.



Pun begitu, Fizz menjelaskan dia sama sekali tidak tersinggung mahupun mengambil hati dengan dakwaan tersebut.

Sebenarnya anugerah itu diberikan oleh orang. Ya saya tahu di laman sosial TikTok ramai yang bertanya saya berniaga apa sehingga diberikan anugerah.

Saya bukannya Meerqeen atau Anna Jobling yang orang ramai ikuti setiap perkembangan.

Saya sememangnya ada berniaga, dan ada produk yang saya jual seperti songkok, sambal yang juga sudah sampai ke Turkiye, dan juga produk kecantikan seperti gincu. Ada lima produk yang saya jual.



Takkan semua saya nak cerita pada orang. Tapi saya tidak kecil hati sebab selama saya dalam industri, saya tak pernah sentap.

Saya pun bukan jenis baca komen orang ramai tapi ada dua atau tiga komen saya baca dan balas.

Fizz berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Sue-On yang diadakan di Starling Mall, baru-baru ini.

Justeru, Fizz berkata selepas ini dia akan lebih terbuka untuk berkongsi perniagaannya kepada khalayak ramai terutama dalam media sosial.



Mungkin saya pun tidak muat naik banyak mengenai perniagaan saya jadi ramai yang tidak tahu. Selepas ini mungkin saya akan kongsi lebih banyak.

Bertemakan Faces of Excellence, Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia atau Malaysia Best Business Award 2023 anjuran Media Home Communication menghimpunkan lebih 50 usahawan yang berjaya dalam pelbagai kategori perniagaan masing masing.

Majlis tersebut bertujuan untuk meraikan usahawan sama ada secara individu mahupun syarikat yang berjaya meneruskan usaha masing-masing tatkala ekonomi dilanda cabaran getir tanpa menyerah kalah dan terus berjuang dalam bidang tersendiri. Bn

Fizz Fairuz beli anugerah?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib



Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?



Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker