Penjual, pembeli patung seks kanak-kanak, Menteri mahu polis siasat segera

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa polis menyiasat pembeli anak patung seks menyerupai kanak-kanak di sebuah platform dalam talian.

Beliau berkata, pihak berkuasa bukan saja perlu mengambil tindakan terhadap penjual anak patung itu, tetapi juga pembeli.

“Polis perlu lihat siapa yang membeli alat mainan seks ini. Mereka bukan saja perlu bertindak terhadap penjual, tetapi juga pembeli,” katanya dalam sebuah majlis di sini.



Yeoh berkata, pembeli anak patung itu memerlukan kaunseling kerana ia “bukan tingkah laku biasa”.

Beliau turut berterima kasih kepada orang ramai kerana membangkitkan perkara itu dan menjaga kebajikan kanak-kanak.

Jumaat lalu, pengguna media sosial membangkitkan penjualan anak patung seks menyerupai kanak-kanak di platform e-dagang Shopee.

Seorang warganet berkongsi pautan penjualan anak patung seks menyerupai kanak-kanak itu oleh “sexymarina” pada harga RM1,400 hingga RM1,500 setiap satu.



Shopee kemudiannya berkata, ia akan mengambil tindakan susulan laporan anak patung itu dijual di platformnya.

Jurucakap Shopee berkata, platform itu segera mengeluarkan produk itu daripada senarainya dan mengharamkan akaun penjual terbabit secara kekal, selain menyiasat penjual berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perdana Menteri perlu pecat menteri buat kecoh di KLIA – Ketua Pemuda UMNO

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie



Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker