Dzuleira terajui syarikat terkemuka negara pada usia muda

Dzuleira terajui syarikat terkemuka negara pada usia muda

Tiada perkara yang mustahil, itulah prinsip Dzuleira Abu Bakar dan terbukti kewibawaannya amat terserlah, pada usia muda sudah menerajui jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) di beberapa syarikat terkemuka negara.

Dzuleira, 43, ketika ini memegang jawatan CEO Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) sejak 2021, dan akan diterajui sehingga awal September ini.



Bermula pada 15 September pula, beliau dan akan beralih SKS Airways Sdn Bhd, juga memegang jawatan CEO di syarikat itu.

Beliau yang juga bekas CEO Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) mempunyai pakej lengkap, iaitu bukan sahaja bijak dan jelita, berpengalaman lebih 17 tahun dalam bidang teknologi dan inovasi, modal usaha niaga dan ekuiti persendirian, kewangan korporat, undang-undang tadbir urus, penstrukturan urus niaga dan pengurusan pihak berkepentingan.

Tidak terhenti di situ, Dzuleira juga pernah menerajui beberapa program dan dasar kerajaan dalam usaha untuk mewujudkan ekosistem inovasi dalam memangkin pengkomersialan dan banyak lagi.

Walaupun berkelulusan bidang perundangan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), tetap cemerlang, malah hebat juga dalam bidang lain termasuk peneraju ekosistem dron di Malaysia.



Di MRANTI beliau terus menyokong penuh, selain menaja program perlumbaan dron bagi membina bakat perlumbaan dron untuk mewakili negara suatu hari nanti, memacu serta membangunkan kepakaran dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menceritakan bagaimana menceburi bidang teknologi dan inovasi, anak jati Pulau Pinang, katanya, sebaik tamat pengajian beliau mendapat pekerjaan pertama sebagai eksekutif muda di sebuah syarikat kejuruteraan yang mereka bentuk satelit.

Kongsi Dzuleira, dari situ mula minat bidang teknologi dan inovasi hingga beberapa kali menukar tempat kerja untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman.



“Memasuki bidang ini secara tidak sengaja, namun memupuk minat dan terus menyukainya kerana ia sangat sangat menarik.

“Setiap hari ada banyak perkara baharu dipelajari dan sentiasa mendorong saya terus mempelajari, mendalami dan memahami bidang ini.

“Buku, e-buku, podcast adalah semua sumber pengetahuan yang meningkatkan keyakinan saya untuk meneruskan kerjaya berkaitan STEM sehingga menerajui organisasi yang mempercepatkan teknologi dan inovasi,” katanya.

Beliau mengakui bidang itu agak mencabar, sebagai ibu dan isteri penting mendapat serta sokongan keluarga untuk memastikan mental sentiasa berada dalam keadaan baik.



“Jangan mudah berputus asa kerana keazaman tinggi mendorong kepada kecerdasan seterusnya kepada kerja keras untuk menonjolkan bakat yang ada,” katanya suka bermain tenis dan meluangkan masa bersama keluarga serta rakan.

Wanita berbakat besar, mampu jadi pemimpin

Beliau yakin, ramai wanita di negara ini mempunyai bakat bagus dalam bidang teknologi dan inovasi, tetapi masih kurang menonjol.

Stigma dalam kepemimpinan patut diubah terlebih dulu supaya wanita berbakat besar dalam bidang ini diberi tempat sesuai dengan kelayakan mereka.



“Sudah pasti sokongan itu perlu datang daripada pemimpin atasan terutama lelaki supaya wanita berbakat ini diberi tempat untuk menjadi pemimpin.

“Selain sokongan di tempat kerja, wanita memerlukan sokongan daripada keluarga dan masyarakat kerana wanita memikul banyak tanggungjawab dalam satu-satu masa,” katanya.

Beliau yakin Malaysia terus berada pada landasan tepat untuk memberi tumpuan kepada agenda teknologi dan inovasi kerana ia tulang belakang kepada ekonomi negara.

Katanya, sebagai negara yang bercita-cita tinggi untuk menjadi negara maju, perlu mempunyai fokus yang sangat penting dan hala tuju yang tepat.



“Saya juga bersyukur dan bertuah kerana diberi peluang melaksanakan banyak tugas dalam bidang teknologi dan inovasi untuk negara,” katanya yang baru-baru ini beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai CEO MRANTI untuk terus meneroka peluang lain.

Malah, beliau turut mengakui, Malaysia mempunyai potensi yang tinggi dan besar dalam bidang berkenaan berikutan banyak bakat-bakat baharu yang berminat dan mempunyai kemahiran tinggi untuk membangunkan teknologi dan inovasi dalam negara.

Katanya, bidang teknologi dan inovasi satu industri yang akan menggerakkan sesuatu industri dan ramai bakat ada yang perlu ditonjolkan.

“Justeru, penting ketika ini kerajaan, agensi berperanan serta melihat dari sudut pembangunan bakat kerana kita memang sudah ada ramai bakat muda dalam bidang ini, tetapi mereka perlu dilatih dan diberi sokongan di platform yang tepat,” katanya.

Beliau berharap, generasi muda masa kini mengambil peluang teknologi yang ada dengan berusaha mengetahui bakat yang ada pada mereka dan berusaha mengembangkannya sekali gus, menjadikan ia sebagai kerjaya untuk masa depan. BH

Dzuleira terajui syarikat terkemuka negara pada usia muda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker