Dakwaan Mahathir berkait Perlembagaan Persekutuan fitnah – pengamal undang-undang

Dakwaan Mahathir berkait Perlembagaan Persekutuan fitnah – pengamal undang-undang

Pengamal undang-undang berpandangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah salah faham apabila mendakwa mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Peguam perlembagaan Bastian Pius Vendargon berkata dakwaan Mahathir adalah tidak betul kerana Perkara 8 perlembagaan menyatakan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan.



Beliau juga berkata perlembagaan tidak bertujuan untuk “menekankan kemelayuan Malaysia” di kalangan masyarakat pelbagai etnik, walaupun mengiktiraf hak Melayu dan Islam.

“Hanya kerana ia tidak menyatakan mana-mana dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Malaysia adalah masyarakat berbilang etnik, tidak bermakna ia tidak,” kata Vendargon.

Semalam, Mahathir di Twitter mendakwa usaha mempromosi negara berbilang kaum bertentangan dengan Perlembagaan kerana Malaysia tidak pernah digambarkan sebagai negara berbilang kaum dalam Perlembagaan.

Beliau mendakwa Perlembagaan “menekankan kemelayuan Malaysia”.



Vendargon berkata prinsip asas demokrasi berparlimen – iaitu pengasingan kuasa antara eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman – tidak dinyatakan dalam perlembagaan.

“Namun telah berulang kali diperkatakan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa apabila menganalisis Perlembagaan Persekutuan, adalah jelas bahawa pengasingan kuasa adalah sebahagian daripada perlembagaan model Westminster Malaysia,” katanya.

Beliau berkata keistimewaan bukan hanya diberikan kepada orang Melayu tetapi juga kepada kumpulan masyarakat tertentu iaitu Bumiputera, anak negeri Sabah dan Sarawak serta orang asli di Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, mengambil kira perkara itu Perlembagaan Persekutuan sebenarnya mengiktiraf setiap rakyat Malaysia dan telah memberikan mereka semua hak yang berbeza.



Philip Koh, seorang profesor adjung di Universiti Malaya, menyifatkan tafsiran Mahathir terhadap perlembagaan sebagai “fitnah”.

Beliau menjelaskan perlembagaan menggalakkan demokrasi yang kondusif untuk membina sebuah negara berbilang kaum, sambil mengiktiraf peranan Islam dan hak orang Melayu.

“Bagaimanapun, pengiktirafan perlembagaan ini tidak menafikan hakikat bahawa, secara keseluruhannya, Perlembagaan Persekutuan bertujuan untuk melindungi demokrasi liberal (landskap politik).

“Bagi mengatakan bahawa menggalakkan etnik berbilang kaum bercanggah dengan perlembagaan adalah satu penipuan kepada mana-mana pendekatan tafsiran (kepada perlembagaan).



“Suruhanjaya Reid dan Cobbold, latar belakang Merdeka dan pembentukan Malaysia, semuanya mengesahkan bahawa kita adalah demokrasi liberal dan bukan autokrasi berasaskan kaum,” katanya.

Koh berkata mereka yang menyokong salah tafsir perlembagaan itu boleh menimbulkan keresahan di kalangan rakyat dan memudaratkan kesejahteraan negara. FMT

Dakwaan Mahathir berkait Perlembagaan Persekutuan fitnah – pengamal undang-undang

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya



Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker