Kereta terbang akhirnya dibuka untuk tempahan

KUALA LUMPUR: Alef Model A, kereta terbang yang dibangunkan oleh syarikat penerbangan dan automotif berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Alef Aeronautics mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) baru-baru ini.

Bermula pada 2015, Alef Aeronautics ditubuh untuk membangunkan kereta terbang pertama di dunia.

Menurut laman web rasmi syarikat itu, kereta terbang Alef boleh dipandu di semua jenis permukaan jalan.



Ia boleh disesuaikan dengan lorong pemanduan standard dan mengikuti semua undang-undang trafik, sekali gus menjamin keselamatan serta keselesaan pemanduan pengguna.

“FAA secara aktif mempersiapkan dasar bagi kenderaan berlepas dan mendarat elektronik menegak (eVTOL), selain mentadbir interaksi antara eVTOL dengan infrastruktur di darat.

“Sijil Kebolehpenerbangan Khas bagaimanapun mengehadkan lokasi dan tujuan Alef dibenarkan untuk terbang,” kata syarikat itu menerusi satu kenyataan.



Kenderaan inovatif itu dikendalikan sepenuhnya oleh elektrik dan menghasilkan pelepasan sifar semasa ia beroperasi.

Alef Model A juga menunjukkan keupayaan berlepas dan mendarat secara menegak, dan ia boleh memuatkan dua pengguna.

Kenderaan ini juga boleh diletakkan di ruang parkir biasa dan muat dalam garaj bersaiz standard.

Alef Model boleh terbang sejauh 177 kilometer dan selain boleh dipandu sejauh 322 kilometer.



Ia juga boleh diterbangkan ke mana-mana arah, termasuk ke depan, belakang, kanan, kiri, atas, bawah dan pada setiap sudut.

Harga kereta terbang Alef Model A bermula AS$300,000 (RM1.4 juta) dan dengan token AS$150, pratempahan kenderaan elektrik ini boleh dibuat di laman web Alef.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya



Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker