Tragedi Jeram Mawar, penduduk Kampung Air Putih akui tidak akan ‘berkelah’ disitu

“Kami yang tinggal di Kampung Air Putih ini pun tidak pergi berkelah di Jeram Mawar kerana keadaan jeramnya tidak cantik, malah agak berbahaya terutama ketika hujan lebat, selain lokasinya jauh kira-kira tiga kilometer di hujung kampung,” kata Muhd Hilmi Imafikri.

Beliau berkata, penduduk kampung memang mengetahui keadaan Jeram Mawar yang berbahaya dengan arus deras jika berlaku hujan lebat di lokasi itu atau di hulu, menyebabkan mereka mengelak berada di situ, malah jalan menuju ke situ juga rosak dan dikategorikan sebagai laluan balak.

Susulan itu, katanya, penduduk Kampung Air Putih lebih selesa berkelah di jeram berdekatan jambatan lama di Kampung Teladas Air yang cetek dan landai dengan air lebih bersih berbanding Jeram Mawar



“Dulu kawasan Jeram Mawar memang cantik, tetapi kini sudah berubah, sebab itu penduduk sini tidak pergi berkelah di situ.

“Disebabkan ada lokasi lain yang lebih dekat, selamat dan menarik untuk dikunjungi seperti di kawasan jambatan lama, ada penduduk di sini tidak tahu langsung laluan menuju ke Jeram Mawar itu yang terletak jauh di hujung kampung,” katanya ketika dihubungi di Kemaman, hari ini.

Muhd Hilmi berkata, orang luar mungkin kurang mengetahui keadaan bahaya di Jeram Mawar itu dan keluarga mangsa kepala air di jeram itu dipercayai memilih lokasi berkenaan untuk perkelahan mereka kerana kawasan itu agak ‘privacy’ susulan tidak dikunjungi orang lain.

“Disebabkan tempat itu jauh terasing tanpa kunjungan orang lain, mungkin ia menjadi faktor keluarga terbabit datang berkhemah di situ.



“Pada Sabtu lalu, kawasan ini hujan dan mungkin ia punca berlaku kepala air yang agak dasyat. Sebenarnya, jika di jeram ini tidak hujan sekali pun, tetapi hujan di hulu juga akan menyebabkan arus deras dan keseluruhan jeram ini berbahaya untuk aktiviti perkelahan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya



Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker