Ni dewan ke bangsal, kos sampai RM300k

Ni dewan ke bangsal, kos sampai RM300k

Seorang pemimpin PKR hari ini menggesa Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dirombak susulan dakwaan kerja pembinaan buruk membabitkan “dewan serbaguna” di bekas kawasan yang pernah dimenanginya sebelum ini.

Bekas ahli parlimen Wangsa Maju Tan Yee Kew berkata dia “terkejut” dengan hasil projek itu di flat Danau Kota, yang dimulakan dengan peruntukan Ahli Parlimennya sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu.



“Untuk memastikan dewan itu dibina seperti yang kita minta, saya telah beberapa kali minta pelan arkitek dewan ini, tetapi sehingga hari ini saya masih belum dapat.

“Saya berasa terkejut dan amat kecewa sebab dewan yang dibina itu jauh dari jangkaan kami semua.

“Dewan dengan nilai RM300,000 itu, struktur tidak boleh dipanggil dewan. Ianya lebih kepada sebuah bangsal.

“Saya telah dijemput untuk menghadiri sambutan hari raya persatuan penduduk. Bila saya sampai saya tanya mereka, mana dewan?



“Mereka jawab, itulah dewan. Saya baru sedar struktur yang merupakan gelanggang bola (futsal) itu lah dewan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya bilik kecil seperti tandas disediakan untuk tujuan mesyuarat adalah tidak munasabah sama sekali.

Soket elektrik terdedah basah

Berdasarkan bangunan yang ada kini, Tan menganggarkan pembinaannya hanya menelan belanja sekitar RM150,000.



“Bilik yang kecil seperti tandas ini mana boleh digunakan untuk mesyuarat.

“Saya telah memperuntukkan RM300,000, tapi struktur seperti ini saya anggar tidak melebihi RM150,000,” katanya lagi.

Selain itu katanya, kerja-kerja pembinaan di struktur itu juga sangat buruk sehinggakan soket elektrik telah dilekatkan pada tiang logam yang terdedah kepada keadaan basah apabila hujan dan boleh membahayakan orang awam.

Dalam pada itu, Tan menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim melihat kemungkinan wujud ketirisan dan kelemahan dalam projek yang melibatkan ICU.



Lebih-lebih lagi apabila jabatan itu berada di bawah bidang kuasa perdana menteri yang tegas menentang rasuah.

“Masa sudah tiba Dato Seri (Anwar) menggegar ICU.

Ni dewan ke bangsal, kos sampai RM300k

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah



Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker