Shopee henti jualan ubat diabetes Ozempic

Sebuah badan farmaseutikal berkata, ubat itu memerlukan preskripsi doktor bertauliah dan tidak patut dijual di kaunter atau dalam talian.

Shopee henti jualan ubat diabetes Ozempic

Gergasi e-dagang, Shopee sudah mengeluarkan penyenaraian jualan ubat diabetes, Ozempic daripada platformnya.

Shopee memberitahu FMT, ia turut “mengambil tindakan” terhadap penjual ubat itu.



“Kami mengingatkan penjual berhubung tanggungjawab mereka mematuhi peraturan tempatan dan polisi barang terlarang kami sendiri. Kami turut bekerjasama secara aktif dengan kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan.

“Sebarang penyenaraian didapati melanggar peraturan atau syarat penggunaan akan disingkirkan.”

Didapati Ozempic disenaraikan sebagai produk mengurangkan berat badan dan dijual kira-kira RM400 hingga RM1,300 sekotak. Setiap kotak mengandungi sebatang pen suntikan pra-isi dengan 0.25mg, 0.5mg atau 1mg dos ubat cecair.

Ubat itu mengandungi semaglutide, bahan untuk merawat diabetes Jenis 2 bagi orang dewasa.



Semaglutide popular dalam kalangan selebriti seperti Amy Schumer dan Kim Kardashian. Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk turut memaklumkan bentuk badannya yang baik disebabkan berpuasa dan Wegovy, satu lagi ubat mengandungi semaglutide.

Minggu lalu, Berita Harian Singapura memetik Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) republik itu berkata, ia menurunkan sekurang-kurangnya 12 iklan dalam talian yang menjual Ozempic, Wegovy dan Saxenda sejak awal tahun ini.

HSA ditanya akhbar itu berhubung beberapa iklan di platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee yang menjual tiga jenis ubat itu tanpa memerlukan preskripsi, yang menyalahi undang-undang di Singapura.

Presiden Persatuan Farmaseutikal Malaysia (PhAMA), Kam Ai Teng memberitahu FMT, ubat seperti Ozempic memerlukan preskripsi doktor bertauliah dan tidak boleh dijual di kaunter atau dalam talian.



Katanya, doktor perlu menilai keadaan kesihatan, diet dan gaya hidup pesakit sebelum menyediakan pelan rawatan, yang mungkin termasuk ubat itu atau sebaliknya.

“Oleh itu, sesiapa yang membeli ubat itu dalam talian akan membahayakan kesihatan mereka, walaupun mereka membelinya sebagai susulan selepas ubat preskripsi doktor habis dimakan.”

Kam turut memberi amaran ubat dijual dalam talian itu mungkin tiruan atau disimpan secara salah, yang akan menjadikannya tidak berkesan atau lebih teruk, membawa kesan buruk.

Dr Alexander Tan dari Pusat Perubatan Sunway berkata, pembeli berdepan risiko mengambil dos salah dan mengalami kesan sampingan jika mereka membeli Ozempic dalam talian dan tanpa preskripsi betul.



Katanya, Ozempic bukan ubat diluluskan untuk mengurangkan berat badan dan kesan sampingannya termasuk loya, muntah dan cirit-birit.

“Mereka yang membelinya semata-mata untuk mengurangkan berat badan menafikan pesakit diabetes daripada ubat itu kerana terdapat kekurangan Ozempic di seluruh dunia.”

Tetapi katanya, Saxenda biasanya dipreskripsi untuk mengurangkan berat badan, manakala Wegovy belum memasuki pasaran Malaysia. FMT

Shopee henti jualan ubat diabetes Ozempic



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat



Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah

Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker