Majoriti kes berprofil tinggi disiasat SPRM babitkan ahli politik

Majoriti kes berprofil tinggi disiasat SPRM babitkan ahli politik

Lebih 60 peratus daripada 156 kertas siasatan kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam yang dibuka oleh Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari 2020 hingga 8 Jun 2023, membabitkan ahli politik.

Pengarah Kanan BOK, Datuk Tan Kang Sai, berkata daripada jumlah itu, seramai 211 individu ditahan dengan 91 daripadanya dituduh di mahkamah membabitkan 454 pertuduhan.



“Dalam tempoh sama, SPRM turut menyita wang tunai sebanyak RM51,132,539, melucut hak harta dan wang tunai berjumlah RM10,465,873.39 serta mengeluarkan kompaun berjumlah RM128,968,750,” katanya kepada BERNAMA, baru-baru ini.

Menurutnya, mengendalikan siasatan membabitkan golongan berprofil tinggi dan kes berkepentingan awam mempunyai cabarannya tersendiri, terutama dalam menyiasat transaksi kewangan membabitkan bank dan institusi kewangan luar negara.

Beliau berkata, tugas menyiasat jejak kewangan menjadi sukar apabila wang berkenaan dipindah ke akaun di luar negara kerana setiap negara mempunyai undang-undang berlainan bagi melindungi sistem perbankan mereka.

Jelasnya, bank dan institusi kewangan terbabit mempunyai hak untuk tidak bekerjasama dan tidak menyerahkan maklumat mengenai akaun yang disiasat.



“Berikutan itu, kita dapat lihat kebanyakan bukti berkaitan jejak kewangan yang dibawa ke mahkamah hanya membabitkan bank dan institusi kewangan tempatan,” katanya.

Kang Sai berkata, antara kes berprofil tinggi berjaya disiasat oleh BOK termasuk Op Mitra, Op Hire dan Op Marii membabitkan penyalalahgunaan dana berjumlah ratusan juta ringgit yang disediakan kerajaan bagi pembangunan masyarakat India, pekerja dan industri automotif negara.

Selain itu, katanya, cabaran lain dihadapi BOK ialah apabila sesuatu kes disensasikan media dan ahli politik sebelum penyiasatan berjalan atau selesai, menyebabkan pihak terbabit mengambil kesempatan menghapuskan dokumen penting seperti transaksi kewangan, malah ada yang melarikan diri.

“Kecanggihan teknologi masa kini juga memberi cabarannya tersendiri iaitu transaksi kewangan boleh dilakukan hanya menggunakan telefon bimbit membabitkan bank dan institusi kewangan tempatan, malah institusi kewangan luar negara.



“Berikutan cabaran ini, SPRM mengorak langkah untuk menggunakan tenaga pakar dalam bidang perakaunan, kejuruteraan dan undang-undang sebagai sebahagian daripada pasukan siasatan BOK untuk memastikan kertas siasatan yang dihasilkan lengkap dan kukuh untuk dihantar ke Pejabat Peguam Negara,” katanya.

Kang Sai berkata, selain khidmat pakar, pihaknya juga menggunakan kaedah Model Pengurusan Penyiasatan Berpasukan (MTI) bagi memastikan kertas siasatan dapat dilengkapkan dengan berkualiti dan cekap.

Katanya, MTI mempunyai lapan peringkat iaitu yang pertama membabitkan menganalisis aduan dan hala tuju siasatan, siasatan awal, penyediaan perintah operasi dan pelaksanaan operasi.

“Seterusnya ia membabitkan proses semakan dan kolaborasi keterangan, penilaian dan pengukuhan keterangan, tindakan lanjut siasatan dan pengurusan akhir kertas siasatan,” katanya.



BOK adalah bahagian siasatan khas SPRM yang ditubuhkan bagi menyiasat kes-kes berprofil tinggi, kes berkepentingan awam dan keselamatan negara.

Ia ditubuhkan pada 2010 dan adalah sebahagian daripada inisiatif transformasi SPRM bagi mencapai objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan kes-kes rasuah berskala besar, perolehan dan penguatkuasaan. BH

Majoriti kes berprofil tinggi disiasat SPRM babitkan ahli politik

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah



Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker