Muhyiddin jumpa Mahathir hanya untuk tarik undi

Muhyiddin jumpa Mahathir hanya untuk tarik undi

Penganalisis politik berpandangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bertemu Dr Mahathir Mohamad berkenaan orang Melayu sekadar mahu menarik perhatian dan sokongan pengundi pada PRN enam negeri.

Mujibu Muis dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) percaya Perikatan Nasional akan pergunakan naratif penyatuan Melayu untuk meraih undi, sekaligus meluaskan pengaruh gabungan itu.



“‘Penyatuan Melayu’ sekadar naratif politik dalam konteks politik Melayu yang terpecah selepas Umno tidak lagi menjadi parti dominan selepas PRU14.

“Jelas ‘penyatuan’ itu bermaksud politik memandangkan apa yang berlaku ketika PRU15 kepada PN dan Mahathir, dalam menarik perhatian dan sokongan orang Melayu bagi PRN enam negeri,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas pertemuan dua bekas perdana menteri itu semalam, tiga tahun selepas bersengketa angkara Langkah Sheraton.

Muhyiddin dalam kenyataan semalam berkata hasil pertemuan itu Mahathir akan meningkatkan sokongan kepada PN dalam menghadapi PRN, selain mendedahkan mereka tidak menyentuh Proklamasi Orang Melayu secara khusus.



Mujibu bagaimanapun meragui sejauh mana pengaruh Mahathir akan membantu PN, berdasarkan kepada keputusan PRU15 yang menyaksikan bekas perdana menteri itu tewas dan hilang deposit di Parlimen Langkawi.

“Saya tidak nampak pengaruh Tun (Mahathir) kuat sekarang. Selepas meletak jawatan (pada 2020), kemudian gagal mengemudi Gerakan Tanah Air dalam PRU15 dan kalah teruk di Langkawi, memperlihatkan Tun semakin hilang pengaruh dalam kalangan pengundi.”

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara juga percaya pertemuan dua veteran politik itu hanya untuk kepentingan politik.

“Kita tahu Mahathir ketika beliau jadi perdana menteri tak suka sangat ‘memberi tongkat’ kepada orang Melayu. Tiba-tiba muncul dengan Proklamasi Orang Melayu bersama Hadi Awang (presiden PAS) dan Muhyiddin.”



Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu pada 12 Ogos, sementara 29 Julai hari penamaan. FMT

Muhyiddin jumpa Mahathir hanya untuk tarik undi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)



Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker