Sakit misteri Yantzen sukar dirawat

Sakit misteri Yantzen sukar dirawat

Penyanyi Yantzen mendedahkan masih belum sembuh daripada penyakit misteri yang dihidapinya sejak tiga bulan lalu.

Kata pemilik nama penuh Yantzen Juniwan, 65, penyakit misteri tersebut sukar dirawat kerana tidak dapat mengenal pasti punca sehingga hari ini.



“Setakat ini, saya bersyukur masih diberikan tenaga. Saya jumpa doktor, mereka nak buat ujian tetapi rasanya tidak perlulah.

“Saya mengalami sakit ini tiga bulan lalu termasuk kebas pada bahagian kaki dan puncanya masih belum diketahui,” katanya selepas sidang akhbar Konsert Semangat Zaman, di sini hari ini.

Tidak berdiam diri, dia turut melakukan rawatan tradisional bagi merawat penyakit misteri tersebut.

“Kesakitan itu datang secara tiba-tiba terutama pada waktu malam ketika hendak tidur. Hendak kata penyakit gout pun, tidak pastilah.



“Pada hari siang, saya okey lagi hendak tahan sakit tetapi jika waktu malam yang sepatutnya berehat, memang tidak boleh bertahan,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut mengakui penyakit misteri tersebut turut menjejaskan kesihatan mentalnya dan mengelak untuk berkongsi tentang masalah kesihatan dengan orang ramai.

“Penyakit ini buat saya berhalusinasi perkara yang tidak betul.

“Kadang-kadang apabila menghadiri mana-mana acara, fikiran saya akan bercelaru.



“Saya kini bergantung kepada rawatan tradisional dan banyakkan amalan zikir untuk merawat penyakit ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, Yantzen pernah mendedahkan dia mengalami masalah sukar untuk tidur namun puncanya tidak dapat dikenal pasti sehingga hari ini.

Sementara itu, Yantzen bakal terlibat dalam konsert Semangat Zaman di Zepp Kuala Lumpur pada 29 September depan.

Konsert tersebut turut menampilkan barisan artis rock legenda tanah air seperti Datuk Nash dari kumpulan Lefthanded, Joey (Bumiputera Rockers), Aris (Ariwatan), Jatt (Black Dog Bone), Rahmad (Mega), Muss dan Bandi (Amuk). K Online



Sakit misteri Yantzen sukar dirawat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat



Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah

Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)



Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker