Izzue Islam ‘tolak’ 70 peratus pendapatan

Izzue Islam ‘tolak’ 70 peratus pendapatan

Pengalaman putus sumber pendapatan berikutan pandemik Covid-19 menjadi pengajaran terbesar buat pelakon Izzue Islam agar lebih teliti dalam menguruskan kewangan.

Justeru itu, beliau memilih pendekatan menabung 70 peratus hasil pendapatan demi memastikan keperitan hidup ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh tanah air tidak berulang.



“Saya dan isteri belajar daripada PKP dengan menyimpan kira-kira 70 peratus gaji setiap bulan.

“Kita tidak tahu apa akan jadi kemudian hari dan kerana itu menabung sangat penting demi masa depan yang lebih menjamin,” katanya ketika ditemui dalam acara M8 Pushbike Championship 2023 di sini, baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, itu bagaimanapun berkata, amalan menabung sebenarnya sudah bermula ketika mendirikan rumah tangga dengan Awin Nurin namun jumlahnya tidaklah sebanyak yang dilakukan selepas negara dilanda pandemik.

“Awin banyak mendorong saya supaya menyimpan kerana gaji selebriti tidak tetap.



“Dia bekerja lebih awal daripada saya dan tunjuk cara bagaimana mahu simpan duit.

“Banyak yang saya belajar dari Awin termasuk berhati-hati dalam berbelanja, beli apa yang perlu sahaja,” ujarnya

Meskipun menyimpan dalam jumlah yang besar, anak jati Kelantan itu mengakui sedikit pun rasa tertekan atau terpaksa kerana sedar kepentingan amalan itu.

“Setakat ini saya tidak rasa tertekan sangat apabila perlu menyimpan 70 peratus daripada pendapatan yang saya perolehi.



“Orang nampak macam kita mewah tetapi mereka tidak tahu kadang-kadang gaji lambat masuk dan ada ketikanya tiada tawaran kerja.

“Jika tiada simpanan, agak ‘sakit’ untuk saya dan isteri meneruskan hidup seperti biasa,” katanya. K Online

Izzue Islam ‘tolak’ 70 peratus pendapatan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah



Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker