Laungan ‘Bebas Bossku’ bergema di Dewan Merdeka

Laungan ‘Bebas Bossku’ bergema di Dewan Merdeka

Laungan “Bebas Bossku” dan “Hidup Bossku” bergema di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Perhimpunan Agung Umno (PAU).

Ia selepas Presiden Umno Zahid Hamidi membangkitkan parti itu akan tetap memperjuangkan nasib Najib Razak dan memberi keadilan kepada bekas perdana menteri.



“Kita mahukan keadilan untuk Najib. Kita mahu keadilan diberikan kepada beliau sebagai seorang manusia,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena PAU 2023.

“Walaupun beliau tidak bersama kita secara fizikal, jiwa beliau tetap bersama kita. Semangat beliau tetap bersama kita. Kita berikan laungan bersemangat untuk beliau.”

Zahid turut menarik perhatian Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang turut hadir di PAU supaya melihat sendiri apa ahli Umno mahukan, tidak lain hanya keadilan buat Najib.

“Perdana menteri lihat sendiri apa yang dinyatakan,” katanya merujuk kepada perwakilan yang berdiri melaungkan “Bebas Bossku”.



Beliau berkata, pendirian Umno tidak pernah berubah dalam membela nasib Najib seperti ditetapkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum ini.

“Kita di sini beliau di sana, yakinlah semangat beliau (Najib) tetap di Dewan Merdeka. Pendirian Umno tidak pernah berubah untuk bela dan beri kebebasan untuk Najib.

“Kepada Rosmah Mansor dan keluarga, sabar…Allah akan melunaskan segala doa kita semua bersama beliau dan ahli keluarga,” katanya.

Terdahulu, ketika Anwar bersama pimpinan kerajaan perpaduan menuju masuk ke Dewan Merdeka, ratusan ahli Umno dilihat memegang poster dengan mesej “Keadilan untuk Najib Razak” sebagai solidariti terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu. FMT



Laungan ‘Bebas Bossku’ bergema di Dewan Merdeka

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)



Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang



Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker