Zahid bidas PAS ‘mengkarung politik’, pertahan kerjasama PH

Zahid bidas PAS ‘mengkarung politik’, pertahan kerjasama PH

Umno bukan mengkarung politik yang sanggup menggadaikan perjuangan Islam dan Melayu walaupun bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan perpaduan, tegas Presiden Zahid Hamidi.

Bercakap di hadapan ribuan perwakilan Umno, Zahid sebaliknya berkata PAS yang kononnya penyelamat orang Melayu, sering menggunakan agenda Melayu dan Islam sebagai sandiwara politik sempit mereka.

“Berbanding dengan ‘mengkarung politik’ (PAS) yang menunggang agama suatu ketika dulu, ketika bersama rakan politik yang sama seperti rakan politik kita hari ini, tidak salah katanya untuk agama lain menggunakan kalimah Allah.

“Dulu lain sekarang lain…apa saja hujah mereka, yang jelas dan nyata mereka akan menukar kulit mengikut suasana, Melayu dan Islam hanya topeng yang digunakan dalam persembahan sandiwara politik mereka,” katanya yang juga timbalan perdana menteri.

“Kita pernah dikafirkan dan kemudian atas kepentingan kerakusan politik mereka, disebut pula hudud bukan keutamaan. Ketika mereka berada dalam kerajaan, mana perginya agenda RUU 355?.”

Zahid berkata, sejak penubuhan kerajaan perpaduan November lalu, tiada mana-mana parti sekutu pernah mencabar atau cuba merobek perkara tunjang melibatkan Islam mahupun soal orang Melayu atau Bumiputera.

“Andai ada yang cuba memainkan sentimen, kononnya kerjasama politik yang dilakukan oleh Umno, akan menghakis kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera, suka saya tegaskan, Umno bukan ‘political chameleons’ atau ‘mengkarung politik’,” katanya yang disambut sorakan perwakilan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang segak berbaju Melayu biru muda tiba kira-kira 9 pagi bagi menghadiri perasmian PAU 2023, dilihat duduk di sebelah Zahid dalam Dewan Merdeka, dan turut mengibarkan bendera Umno ketika lagu parti itu dimainkan.

Suasana itu mencetuskan perasaan sebak dalam kalangan perwakilan, dengan ada antara mereka mengalirkan air mata “gembira” melihat bekas pemimpin Umno tersebut turut bersama dalam perhimpunan keramat parti Melayu itu, selepas dipecat 25 tahun lalu.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menyeru semua parti sekutu memadamkan sebarang kecurigaan sesama mereka, termasuk ahli partinya sendiri agar tidak mengeluarkan tutur kata yang boleh mencetuskan resah sahabat dalam kerajaan.

“Jangan lagi ada kenyataan dari mana-mana rakan politik kita yang boleh mengguris hati antara kita. Bukan hanya mereka tetapi kita juga…elakkan tutur dan tindakan yang boleh mengundang resah sahabat kita,” katanya. FMT

Zahid bidas PAS ‘mengkarung politik’, pertahan kerjasama PH

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker