Jangan apologetik cakap soal Islam dan Melayu – Zahid (Video)

Jangan apologetik cakap soal Islam dan Melayu – Zahid (Video)

Anwar selesa di PAU, masih hafal lagu Umno



Selepas disingkirkan daripada Umno sejak lebih dua dekad lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) sebagai tetamu kehormat.

Bekas timbalan presiden Umno yang dipecat pada tahun 1998, tiba ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) jam 9 pagi tadi mengetuai parti komponen Kerajaan Perpaduan pada perasmian PAU 2023 kali ini.

Ketika ditanya apakah perasaan menghadiri ke PAU selepas 25 tahun, dia berkata menyempurnakan tugas kepada negara adalah lebih penting daripada pengalaman peribadi.



“Yang penting menyempurnakan tugas kepada negara. Pengalaman peribadi itu penting tetapi ia tidak boleh mengatasi kepentingan rakyat dan kepentingan negara.

“Jadi saya hadir semula kerana saya gunakan platform perpaduan ini untuk memperkukuh kerajaan dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan perhimpunan pukul 11.30 pagi.

Presiden PKR itu sempat bergurau bahawa masih menghafal lagu Umno ‘Bersatu, Bersedia, Berkhidmat’.

“Saya tentunya rasa selesa dan senang dan biasa dengan suasana ini termasuk menghafal lagu itu. Saya masih ingat lagu itu,” katanya.



Terdahulu, ketika majlis mengibarkan bendera Sang Saka Bangsa, Anwar berbaju Melayu biru muda yang merupakan warna bendera dan logo parti PKR dilihat menyanyikan lagu Umno bersama-sama para perwakilan.

Jangan apologetik cakap soal Islam dan Melayu – Zahid (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung



Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker