Presiden MCA lepas jawatan MCA Bahagian setelah 30 tahun

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong hari ini melepaskan jawatan di peringkat Bahagian Johor Bahru yang telah disandangnya sejak 30 tahun lalu.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, sebelum ini, dia menjawat jawatan sebagai Setiausaha MCA Bahagian itu selama 15 tahun, sebelum menjadi Ketua MCA Bahagian juga selama 15 tahun.

“Hari ini secara rasminya saya melepaskan jawatan di peringkat bahagian, agak sedih juga kerana telah berada di bahagian ini sejak saya berumur 26 tahun lagi.



“Saya bermula dengan biro aduan awam MCA Bahagian, dimana saya terlibat menguruskan mangsa-mangsa scammer, mangsa ah long dan lain-lain kes, sehingga menjadi Ketua Bahagian.

“Tetapi saya yakin dan percaya perlu adanya peralihan kepimpinan di peringkat bahagian bagi meneruskan kesinambungan demi kesejahteraan masa depan parti,” katanya kepada pemberita selepas membuang undi bagi memilih jawatan Ketua MCA Bahagian Johor Bahru yang diadakan di Dewan Jubli Intan, di sini hari ini.

Menurut Ka Siong, Ketua Pemuda MCA Bahagian Johor Bahru dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han akan mengantikan tempatnya selepas ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS



Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel



Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker