Nombor plat FF 1 bernilai RM1.2 juta sah milik Sultan Johor

ANTHONY LOKE (kanan) menyerahkan plat kenderaan FF 1 kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Johor Bahru, hari ini.

Nombor pendaftaran plat kenderaan ‘FF 1’ sah menjadi milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan nilai bidaan RM1.2 juta.

Menerusi perkongsian Menteri Anthony Loke Siew Fook di laman Facebooknya, beliau telah menyerahkan sendiri plat kenderaan kepada Sultan Ibrahim hari ini.

“Pagi tadi, saya menghadap DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim untuk mempersembahkan secara simbolik nombor plat FF 1 kepada Tuanku yang merupakan pemilik nombor khas unik tersebut.

“Tuanku telah perkenan untuk membayar kepada kerajaan sebanyak RM1.2 juta untuk nombor khas tersebut.



Untuk rekod, bayaran RM1.2 juta merupakan nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan.

Bayaran ini menjadikan jumlah kutipan hasil kerajaan untuk nombor siri FF meningkat ke RM35.4 juta,”tulisnya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel



Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker