PRN Selangor: Meru, Dengkil, Kuang jadi rebutan BN dan PH

Kerusi DUN Dengkil, Meru dan Kuang dipercayai masih menjadi pertikaian antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di PRN Selangor, menurut sumber parti.

Sumber Umno berkata parti itu menuntut kerusi Dengkil dan Kuang yang dimenangi Bersatu pada PRU14, namun PKR juga mahukan kerusi sama.

“Meru, yang kini disandang wakil PKR juga dituntut oleh Umno kerana mereka merasakan boleh menang mengambil kira undi pada PRU15, yang mana ia memihak kepada BN,” dakwa sumber itu.



Pada PRU14, Fakhrulrazi Mokhtar dari Amanah yang mewakili PH menang kerusi itu, beliau kemudian menyertai PKR.

PKR dikatakan bersedia memulangkan semula kerusi Meru yang terletak di bawah Parlimen Kapar kepada Amanah, rakan komponen dalam PH.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pada Jumaat lalu berkata sekurang-kurangnya tiga kerusi lagi belum diselesaikan antara BN dan PH di negeri itu bagi menghadapi PRN.

Juwairiya Zulkifli, Adun Bukit Melawati yang juga setiausaha politik kepada Amirudin, turut dikhabarkan berpindah kerusi ke Ijok, tambah sumber itu.



Sumber Umno itu berkata menerusi rundingan setakat ini parti itu bakal bertanding 13 kerusi dan masih berunding beberapa kerusi lagi bersama rakan gabungan mereka.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, PH menawarkan 10 kerusi kepada BN namun gabungan itu meminta PH Selangor menambah sekurang-kurangnya tujuh lagi kerusi termasuk untuk MCA dan MIC.

Umno, wakil tunggal BN di DUN Selangor menyandang lima kerusi iaitu Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Sungai Burong dan Semenyih.

DUN Selangor akan terbubar secara automatik pada 25 Jun depan bagi memberi laluan kepada PRN.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS



Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel



Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker