PAS ambil 37 kerusi, Bersatu hanya 8 kerusi di Kelantan

Pembahagian kerusi menjelang PRN Kelantan akan menyaksikan PAS bertanding 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Bersatu pula di lapan kerusi, kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat.

Menurut beliau, pada asasnya pembahagian kerusi untuk PRN sudah selesai.

“Secara asasnya, pembahagian kerusi selesai awal lagi iaitu 37 untuk PAS dan selebihnya adalah Bersatu, di mana kerusi yang dimenangi oleh Umno.



“Kita minta DUN atau cawangan mengemukakan calon mereka yang diyakini siapa terbaik dan menjadi pilihan rakyat,” katanya pada sidang media Mr Awang Selamat Kelantan 2023 di Kota Bharu, menurut Berita Harian.

Wan Roslan yang juga pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, berkata calon yang dipilih oleh PAS adalah mengikut pilihan Ahli Majlis Syura Ulama yang melakukan tapisan.

Beliau berkata, setiap calon yang dipilih akur dengan keputusan terbabit.

Mengulas sama ada terdapat calon yang mahu menarik diri di kerusi panas, Wan Roslan berkata, ada calon yang mahu menarik diri termasuk beliau dan juga Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob.



“Ikutkan semua calon PAS mahu undur (tarik diri), saya pun nak undur, namun ini adalah pilihan parti dan kita perlu akur.

“Itulah kelebihan PAS kerana calonnya ditentukan dan ditaklifkan (diberi amanah) oleh parti. Ini untuk kita bawa mesej yang baik dan mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat. Itu konsep PAS sebab itu tidak ada yang (calon) ‘berona’ (buat onar),” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel



Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker