Umno hancur jika terima kembali ‘gunting dalam lipatan’ – Ku Li

Umno hancur jika terima kembali ‘gunting dalam lipatan’ – Ku Li

Ahli politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah khuatir Umno akan hancur sekiranya tidak tegas menguatkuasakan disiplin, di sebalik desakan kepada kepimpinan parti supaya menerima kembali bekas ahli atau menarik balik hukuman.

Tokoh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu memberi amaran Umno mengundang padah sekiranya ia menerima kembali ‘gunting dalam lipatan’, semata-mata kerana PRN akan diadakan tidak lama lagi.



“Disiplin kena kuat kuasa. Kalau pasukan membiarkan ikut kehendak mereka…hancur,” katanya ketika ditanya mengenai keterbukaan Umno menerima kembali bekas ahli, di perhimpunan agung Umno 2023 pada Sabtu.

Ku Li, yang menyertai semula Umno pada 1996 selepas Semangat 46 dibubarkan, percaya membawa masuk gunting dalam lipatan tidak membantu mana-mana pihak. “Nak bawa masuk gunting dalam lipatan tak menguntungkan sesiapa.”

Zahid pada ucapan penggulungan PAU 2023 berkata Umno sedia menerima kembali bekas ahli dan mereka yang digantung sekiranya tidak menyerang parti dari luar.

Beliau berkata sikap mereka selepas dihukum akan menunjukkan sama ada mereka setia atau membinasakan parti.



Pendirian itu menyusuli gesaan demi gesaan daripada perwakilan yang berkata ramai yang masih sayangkan Umno dan parti itu tidak boleh berpecah. FMT

Umno hancur jika terima kembali ‘gunting dalam lipatan’ – Ku Li

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel



Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker