Asal Umno tak menang – Annuar Musa

Asal Umno tak menang – Annuar Musa

Bekas pemimpin Umno Annuar Musa memberi gambaran bahawa dia tidak tergesa-gesa mahu menjadi calon PAS untuk bertanding pilihan raya negeri selepas meyertai parti itu hujung minggu lalu.

Annuar, yang lima kali menjadi ahli parlimen sejak 1986, berkata dia menyertai PAS untuk mengejar matlamatnya untuk melindungi Islam dan Melayu, dan bukannya jawatan awam.



“Saya tidak bertanding pun tidak mengapa, asalkan Umno tak menang.

“Jika diberikan mandat untuk bertanding, saya perlu berbincang dengan pucuk pimpinan PAS, bagi mengetahui untuk tujuan apa diamanahkan berbuat demikian.

“Kalau tidak, boleh sahaja bagi peluang kepada anak-anak muda atau calon dalam kalangan ahli PAS yang sudah lama dengan parti ini, lagipun, saya masih baru dalam PAS,” katanya seperti dilapor Harian Metro malam tadi.

Ketika bersama Umno, Annuar tiga kali menewaskan calon PAS dalam pilihan raya.



Dia diumum diterima menyertai PAS pada Sabtu selepas dipecat daripada Umno Disember lalu.

Annuar mengakui bahawa menyertai PAS selepas 50 tahun dalam Umno adalah keputusan yang sukar, tetapi dia tertarik dengan PAS kerana menurutnya parti itu ikhlas memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

“Sebelum ini saya cuba untuk tidak duduk dalam mana-mana parti. Saya cuba selama enam bulan, namun tidak mampu kerana politik sudah sebati dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata mana-mana ahli PAS boleh menjadi calon pada pilihan raya akan datang termasuk Annuar.



“Mana-mana ahli PAS berhak menjadi calon yang sesuai dan mestilah calon itu boleh memberi kemenangan. Semua orang adalah antara calon PRN dan kita belum putuskan lagi.

“Senarai pendek sudah ada dan sudah tentu kita akan gabungkan calon lama dan baharu. Semua kawasan sudah ada calon namun kita kini nak tentukan calon yang boleh beri kemenangan kepada parti.

“Kita jangkakan senarai calon akan diputuskan minggu depan,” katanya seperti dilapor Berita Harian. BH

Asal Umno tak menang – Annuar Musa



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS



Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel



Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker