Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Satu objek ganjil (dalam bulatan) dirakamkan pada kamera badan seorang anggota polis di Las Vegas baru-baru ini. – Foto Las Vegas Metropolitan Police Department

Seorang lelaki Las Vegas mendakwa melihat dua makhluk asing berketinggian sehingga 3.04 meter (10 kaki) di halaman rumahnya sendiri pada bulan lalu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Penemuan itu berlaku pada malam 31 Mei lalu.

Satu rakaman video YouTube yang disiarkan kelmarin memaparkan butiran lanjut tentang perkara itu. Lelaki berkenaan menyifatkan makhluk yang dilihatnya sebagai 100 peratus bukan manusia.

“Saya mendengar sesuatu jatuh dari langit. Saya berpaling. Satu-satunya perkara yang saya lihat adalah cahaya besar bergerak dari langit. Beberapa ketika kemudian, saya merasakan berlaku dentuman,” kata lelaki itu dalam video YouTube yang kini  tular.



Dalam video penjelasannya, dia mendedahkan bahawa sistem televisyen litar tertutup (CCTV) milik jirannya jelas menunjukkan cahaya terang diikuti bunyi dentuman.

“Apabila ini berlaku, satu-satunya perkara saya lihat di belakang rumah ialah makhluk asing yang tinggi. Tingginya sekitar 2.43 meter (8 kaki) hingga 3.04 meter (10 kaki). Saya menelefon ayah saya. Dia pergi ke halaman belakang dan melihat makhluk sama ada di sana. Dia menyuruh saya masuk ke dalam rumah,” katanya.

Kejadian itu berlaku selepas kamera badan polis yang menjawab panggilan lelaki itu didedahkan. Ia menunjukkan bola cahaya biru kira-kira pukul 11.50 malam (waktu tempatan) pada 30 April lalu.

Kira-kira 39 minit selepas panggilan pertama, seorang lagi penduduk menghubungi talian kecemasan 911 dengan menyatakan bahawa terdapat dua entiti yang tidak diketahui di belakang rumahnya selepas dia melihat objek tersebut bergerak dari langit. – Agensi



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS



Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel



Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker