Hadi kembali menakutkan umat Islam dengan dakwaan terbaru

Kerajaan kini dikendalikan orang tak bermoral dan berakidah - Hadi

Hadi kembali menakutkan umat Islam dengan dakwaan terbaru

PAS terus mengecam kerajaan Malaysia yang ada sekarang dengan menganggap ia dikendalikan oleh golongan tidak bermoral sama sekali, termasuk “banduan” dan “perasuah” serta “tidak berakidah.”

Presiden PAS Abdul Hadi Awang turut menggambarkan kerajaan negara ini menjadi lebih teruk dan tidak dapat diubah keadaannya kerana dikelilingi “syaitan-syaitan bisu”.



Dia kemudian meletakkan kesalahan atas keadaan yang dianggapnya buruk itu kepada orang Islam yang gagal memilih pemimpin yang baik.

“Kita sedang menyaksikan kerajaan campuran daripada kalangan mereka yang tidak beriman dan tidak berakhlak, terdiri daripada banduan, perasuah, dan penipu yang tidak beraqidah dan tidak berakhlak, dikelilingi pula oleh syaitan-syaitan bisu yang mendiamkan diri terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mereka.

“Hal ini berlaku akibat daripada meninggalkan kewajipan memilih pemimpin yang beriman dan berakhlak,” katanya dalam kenyataan yang dibuat melalui hantaran rutinnya di media sosial hari ini.

Menurut ahli parlimen Marang itu seseorang individu yang hanya berilmu masih tidak memadai untuk menjadi pemimpin kerana mereka perlu juga beriman, berakhlak baik dan bertafaqquh (faham mengenai hal agama).



Dia yang pernah dilantik menjadi duta khas bertaraf menteri oleh kerajaan sebelum ini beranggapan rakyat berada dalam keadaan “paling berbahaya” kerana negara ini didakwanya diperintah oleh golongan yang mendapat pengaruh bukan Islam.

Hina di dunia, akhirat

Keadaan ini berlaku, tambah Abdul Hadi, apabila umat Islam kita berpecah-belah sehingga ia “dikuasai oleh kerajaan yang didominasi oleh bukan Islam”.

Keadaan itu berlaku, dakwanya, kerana ramai orang Islam yang tidak keluar mengundi.



Untuk rekod PAS pernah menjadi kerajaan selepas PRU ke-14 apabila berlaku Langkah Sheraton pada akhir Feb 2020 yang menyaksikan parti itu membentuk kerjasama dengan Bersatu – yang meninggalkan PH serta menubuhkan PN – serta Umno.

Ketika itu Presiden Bersatu dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri menggantikan Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos 2021 akibat tekanan dari Umno. Jawatan itu kemudian digantikan oleh Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu menjadi naib presiden Umno.

Bagaimanapun apabila PRU ke-15 diadakan pada 19 Nov 2023, PAS – serta PN – tercicir daripada kuasa dan menjadi pembangkang apabila saranan pembentukan kerajaan perpaduan daripada Yang di-Pertuan Agong ditolak oleh gabungan terbabit.



Politik di Malaysia kini sedang memanas kerana semua parti politik sedang membuat gerakan sebagai menghadapi pilihan raya di enam negeri, dengan tiga daripadanya sedang ditadbir PAS, manakala selebihnya PH.

Abdul Hadi berkata ketika ini ramai penganut Islam yang tidak memahami agama walaupun ia bersifat sempurna.

Antara lain, katanya, kerana umat Islam terbabit menganggap mengundi dalam pilihan raya bukanlah suatu kewajiban.

Abdul Hadi juga mendakwa pengundi yang terbabit dalam pilihan raya sebelum ini pula hanya memilih golongan pembohong atau mangsa pembohongan.



Tindakan itu katanya seperti menyediakan diri masing-masing untuk ditimpa bencana sama ada di dunia atau selepasnya.

“Malangnya, dipilih mereka yang menipu dan ditipu, malah ada juga yang benci lalu memilih untuk tidak mengundi.

“Mereka seakan-akan menyerah diri kepada musuh untuk sama-sama mendapat kehinaan dunia sebelum mendapat kehinaan di akhirat kerana tidak menunaikan kewajipan yang besar (mengundi) dalam Islam,” katanya. Mk

Hadi kembali menakutkan umat Islam dengan dakwaan terbaru



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami

Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker