Suami sangka saya orang Jerman

Suami sangka saya orang Jerman

Kedatangan wanita warga Bosnia-Herzegovina dikenali Selma ke Sarawak 29 tahun lalu asalnya adalah untuk mengikuti satu program pertukaran budaya.

Siapa sangka, penghijrahannya itu menjadi titik permulaannya terus menetap di negara ini dan walaupun kekok, Selma, 38, dapat menyesuaikan dirinya dengan adat serta budaya yang asing baginya.



Berkat kesungguhannya, Selma bukan hanya fasih dalam bahasa Melayu selepas setahun menetap di negara ini malah boleh bertutur lancar dialek Sarawak.

Ditakdirkan, Selma terus menetap di negara ini sekali gus bertemu jodoh dengan lelaki warga tempatan dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 11 serta 13 tahun.

“Saya berhijrah ke negara ini waktu berusia sembilan tahun dan datang bersama keluarga.

“Awalnya saya menetap di Sarawak bermula 1999 hingga 2006 sebelum berpindah ke Kuala Lumpur kemudian Selangor.



“Ketika bersekolah di negara ini, saya tiada asas langsung dalam bahasa Melayu dan berdepan kesukaran juga dengan ambil masa tiga bulan untuk tahu bertutur dalam perkataan mudah.

“Selepas setahun, baru saya fasih, itu pun kerana pergaulan dengan rakan di sekolah dan tunjuk ajar guru,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berhubung kisah perkahwinannya pula, Selma berkata, dia bertemu dengan suaminya selepas menetap di Kuala Lumpur

“Suami tak tahu saya berasal dari Bosnia-Herzegovina kerana menyangka saya orang Jerman.



“Selepas kami berkawan, baru dia (suami) tahu dan tiada masalah nak cipta keserasian dengannya kerana saya sudah lama tinggal di negara ini.

“Saya tertarik dengannya (suami) kerana nampak dia seorang yang penyayang jadi berasa suami calon tepat menjadi pasangan.

“Alhamdulillah, hubungan kami dapat restu keluarga kedua pihak dan akhirnya kami berkahwin pada 2008. Kami mungkin berbeza latar belakang tetapi tiada masalah untuk faham satu sama lain sehingga kini,” katanya.

Berhubung kisahnya yang mendapat perhatian di TikTok, Selma berkata, dia tak sangka ramai yang berminat mengetahui mengenai latar belakangnya selepas menunjukkan kefasihan bertutur bahasa Melayu.



“Sebenarnya, saya sudah lama ada akaun TikTok tetapi sebelum ini setakat tengok perkongsian orang lain.

“Tujuan buka akaun platform itu bukan kerana nak popular atau perhatian tetapi cari kawan baru dan tempat bercerita.

“Disebabkan itu, saya suka muat naik video bercerita dan tak sangka dapat perhatian ramai hingga dapat jumpa kawan lama dari Sarawak.

“Setakat ini okay saja, lebih banyak komen positif cuma ada juga segelintir yang negatif dengan mempersoalknan kenapa rakyat Malaysia cenderung bantu Bosnia-Herzegovina namun saya tak respon kerana enggan jadikan ruangan laman sosial tempat berbalah,” katanya.



Selma berkata, sejak hampir tiga dekad berhijrah ke negara ini, dia tidak pernah pulang ke Bosnia-Herzegovina.

Bagaimanapun, Selma pernah merancang pulang bertemu keluarganya di negara asal tiga tahun lalu tetapi hasrat itu tidak kesampaian kerana sekatan pergerakan akibat pandemik Covid-19.

“Cuti sekolah panjang di negara ini pula pada akhir tahun, waktu itu ada salji namun terlalu sejuk jadi macam tak berapa seronok untuk teroka banyak tempat.

“Bagaimanapun, saya akan pulang ke sana juga satu hari nanti kerana teringin bawa anak dan suami ke negara asal.



“Ia kerana banyak kenangan manis dan pahit tak dapat dilupakan antaranya kekejaman tentera terhadap keluarga saya.

“Disebabkan itu, saya sentiasa ingatkan anak supaya bersyukur tinggal di negara ini kerana boleh hidup dengan aman dan harmoni,” katanya. HM

Suami sangka saya orang Jerman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami

Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker