Kereta meletup, terbakar tiga beranak melecur teruk

Kereta meletup, terbakar tiga beranak melecur teruk

ALOR SETAR: Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Lorong Perak 22, di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Abdul Rahim Che Omar, berkata mangsa berusia di antara lima hingga 54 tahun.



Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan kebakaran kenderaan jenis Proton Wira di lokasi kejadian pada jam 12.31 tengah hari.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dikejarkan ke lokasi kejadian sambil dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Berjaya.

“Setibanya di lokasi, pasukan operasi menemui sebuah kereta terbakar pada bahagian dalam yang membabitkan tiga mangsa.

“Difahamkan, pemandu kereta itu melecur 80 peratus dan isterinya melecur 30 peratus manakala anak mereka melecur hampir 95 peratus.



“Tindakan pihak bomba adalah memastikan api dipadamkan sepenuhnya. Hasil maklumat, kebakaran itu mulanya dipadam orang awam serta pemilik kedai berdekatan menggunakan alat pemadam api,” katanya.

Abdul Rahim berkata, ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata, setakat ini punca kebakaran itu masih dalam siasatan dengan kereta Proton Wira itu dianggarkan musnah kira-kira 60 peratus. BH

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami



Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker