Soh Wai Ching harumkan nama negara, juarai larian menara dunia di Taipei

KUALA LUMPUR: Pelari menara Malaysia Soh Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di puncak Taipei 101 di Taiwan, hari ini.

Atlet berusia 30 tahun itu, yang sebelum ini menamatkan perlumbaan pada tempat ketiga pada edisi 2018, merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat pada kejohanan itu yang menarik 6,000 penyertaan.

Wai Ching melengkapkan 91 tingkat pada pusingan pertama (ketinggian 390 meter (m)) dalam 11:35.61s dan melakukan 7:1.01s (ketinggian 256m) pada pusingan kedua.



Atlet Jepun Ryoji Watanabe merekodkan 18:40.04s dan Mark Bourne dari Australia (9:33.12) masing-masing memperoleh tempat kedua dan ketiga, menurut laman web rasmi kejohanan.

Presiden Persatuan Larian Menara Malaysia Ravinder Singh dalam kenyataan berkata Malaysia telah meraih pencapaian signifikan dalam sukan itu selepas Wai Ching dinobatkan sebagai Juara Dunia yang baharu.

“Perjalanan ke puncak menjadi bukti kepada dedikasi dan sikap konsistennya, dalam kemuncak kerjayanya sejak 2020. Selepas empat tahun mengekalkan prestasi cemerlangnya, beliau telah merangkul kejayaan tertinggi sukan ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Larian Menara Dunia Daniel Cecetka berkata beliau tertarik dengan idea untuk Malaysia menganjurkan Kejohanan Dunia seterusnya pada 2026.



“Kuala Lumpur, dengan pemandangan bangunan tinggi yang indah dan berada pada ranking ketujuh dengan bangunan berketinggian lebih 300 m paling banyak, merupakan lokasi ideal untuk menganjurkan acara larian menara yang lebih besar.

“Prospek ini menjanjikan kemajuan dan populariti berterusan sukan itu di Malaysia,” katanya dalam kenyataan sama.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker