Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan

Sebelum ini tindakan pelawak terkenal, Johan menyuarakan pendapatnya mengenai wanita bertudung dalam satu majlis ilmu baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Tular rakaman di TikTok mempamerkan Johan memberikan kenyataan dan menjawab soalan yang sering diterimanya berkenaan isterinya yang tidak bertudung.

Johan mengatakan dia lebih memilih wanita tidak bertudung, tetapi solat daripada wanita bertudung dan tidak solat.

Amin Idris Ulas Isu Johan

Malah Amin Idris juga turut tampil mengulas isu yang sedang melanda terhadap Johan tersebut. Amin Idris yang memuat naik video di Tiktok menjelaskan kepada umum mengenai kejadian tersebut dan dia merupakan saksi yang berada ketika program majlis ilmu itu.

Katanya, dalam situasi Johan, dia hanya diberi dua pilihan sahaja dan jika terdapat pilihan yang ketiga bertudung dan solat, sudah pastinya Johan memilih pilihan yang ke tiga.

Kewajipan Menunaikan Solat

Tambah Amin Idris, terlalu banyak hadis yang menerangkan mengenai kewajipan untuk menunaikan solat dan solat teletak dalam perkara yang kedua dalam rukun Islam.

Johan menjadikan asbab solat itu untuk dia berdakwah dengan isterinya, mudah mudahan memakai telekung dengan tarbiah solat dan dia tergerak hati untuk menutup aurat.

Amin Idris juga menjelaskan dari sudut dakwah, asbab solat itulah yang menjadikan isterinya untuk tergerak hati menutup aurat.

Mendoakan Isteri Johan

Tambahnya lagi, kita sepatutnya mendoakan isteri Johan dan elakkan dari memaki dan mengutuk kerana dibimbangi dia lebih jauh dari kita dan akhirnya dia lagi lambat untuk menutup aurat.

Amin Idris mengakhiri ulasannya dengan menunjukkan satu klip video Ustaz Azhar Idrus menyatakan perempuan yang tidak pakai tudung tetapi solat lebih baik daripada yang pakai tudung tetapi tidak solat. Mr

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami

Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker