Makhluk halus dampingi pemuda pakai kain kapan

Pemuda ini dipercayai didampingi makhluk halus selepas dia memakai kain kapan di sebuah padang lapang di sebuah lokasi di Indonesia baru-baru ini. – TikTok/bimantara28

 

Indonesia   – Seorang pemuda dilaporkan didampingi makhluk halus selepas dia memakai kain kapan dan bergambar di padang di sebuah lokasi yang tidak didedahkan di Indonesia, lapor portal berita Liputan6 hari ini.

Berdasarkan hantaran di akaun @bimantara28, pemilik akaun berkata, dia pada awalnya mahu merakam gambar memakai kain kapan dan beraksi seperti hantu sama seperti dilakukan oleh orang lain kerana ia  kini menjadi trend di negara berkenaan.

Pada mulanya, pemuda itu menyangka kain putih yang dipakainya itu ialah kain telekung  wanita tetapi kemudian mengetahui bahawa dia sebenarnya memakai kain kapan.



Setelah selesai merakam gambar, dia dan rakannya berasa sakit  di bahagian dada dan punggung mereka menjadi berat. Mereka kemudian mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan paranormal di Pasuruan, Jawa Timur.

“Di sana, saya muntah-muntah, cuma keluar air liur. Katanya (pengamal perubatan), ada makhluk halus mengikuti saya. Makhluk halus itu berasal dari tanah lapang itu dan  bukan kain kapan,” kata pemuda berkenaan.

Rakaman video itu mendapat pelbagai reaksi netizen dengan  ada yang mengaku pernah mengalami kejadian serupa. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’



‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami

Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib



Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker