Pesawat Cessna terhempas di Felda Gunung Besout, Juruterbang patah kaki, pelatih bengkak muka

Anggota bomba dan penyelamat membantu mengeluarkan mangsa kemalangan pesawat ringan di ladang Besout 2 Tambahan pagi tadi. – BERNAMA

Cessna 172N Skyhawk dengan nombor pendaftaran 9M-ADA terhempas berhampiran Felda Gunung Besout, Sungkai, Perak hari ini.

Pesawat kendalian Layang Layang Flying Academy membawa dua orang yang terselamat dalam kejadian itu, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh pada pukul 7.54 pagi, dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) menerima transmisi maklumat terakhir dari pesawat itu semasa ia berada di Slim River pada pukul 9.35 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, berkata Pengawal Bertugas telah mengambil tindakan segera sebaik sahaja pesawat itu gagal membuat laporan berhubung kedudukan di Bidor.

“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautik Kuala Lumpur (KLARCC) di KLATCC telah diaktifkan pada 10.15 pagi sejurus menerima maklumat mengenai nahas untuk penyelarasan operasi menyelamat, dan kedua-dua mereka telah diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan, selaras dengan Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Terdahulu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memberitahu media bahawa jurulatih penerbangan,  Kapten Shahrul Imran Surea, 26, yang beralamat di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur disyaki patah kaki kanan, manakala Ho Jia Lee, 20, beralamat di Lahat, Perak mengalami bengkak muka di sebelah kanan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker