Peguam dakwa Kerajaan Malaysia mahu Najib bankrap

Peguam dakwa Kerajaan Malaysia mahu Najib bankrap

Kerajaan Malaysia didakwa berusaha memufliskan Datuk Seri Najib Razak, sebelum Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) mendengar merit pembelaan bekas Perdana Menteri itu berhubung isu taksiran cukai tambahan dibangkitkan terhadapnya.

Peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata ia bermakna hujahan Kerajaan Malaysia sebagai responden mengenai SCIT sebagai forum yang betul bersifat akademik atau tidak lagi relevan jika responden berjaya memufliskan Najib sebelum suruhanjaya itu membuat kesimpulan.



“Dalam erti kata lain, walaupun SCIT kemudiannya memutuskan bahawa taksiran tambahan itu adalah tidak betul atau tidak berasas, ia adalah sia-sia kerana perayu (Najib) sudah diputuskan bankrap.

“Adalah hujahan perayu bahawa tindakan oleh responden berniat jahat dengan motif tersembunyi,” katanya ketika berhujah di hadapan panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Panel hakim itu dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Najib dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin, membuat rayuan berhubung penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap mereka dalam kes tunggakan cukai pendapatan.



Bekas Perdana Menteri dan anaknya itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan LHDN memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula lebih RM1.7 bilion cukai tertunggak daripada mereka.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Pada 2020, dua Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib, manakala RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Pada 9 September 2021, Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan penghakiman terus itu namum pada 10 Mei tahun lalu, mereka memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan.



Sementara itu, Ketua Peguam Cara Hasil mewakili Kerajaan Malaysia, Dr Hazlina Hussain, berkata tindakan Najib membuat rayuan kepada SCIT menunjukkan bekas Perdana Menteri itu menggunakan haknya untuk berbuat demikian.

“Jika taksiran cukai tidak betul, pembayar cukai layak mendapat bayaran balik.

“Responden berhujah bahawa skim percukaian di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 adalah undang-undang yang adil dan saksama,” katanya. BH

Peguam dakwa Kerajaan Malaysia mahu Najib bankrap



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta



Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik



Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker