Naratif Pas kononnya Islam terancam punca suhu politik panas – Khairuddin

Naratif Pas kononnya Islam terancam punca suhu politik panas – Khairuddin

Suhu politik di negara ini menjelang enam pilihan raya negeri (PRN) menjadi panas ekoran naratif kononnya Islam sedang terancam yang dibawa oleh Pas.

Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, isu kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan kes Jill Ireland Lawrence Bill dijadikan modal oleh para pemimpin Pas yang kalimah Allah terancam sedangkan kesuciannya dipelihara oleh kerajaan.



Menurut beliau, kehadiran DAP dalam Kerajaan Perpaduan juga dijadikan modal walaupun kerjasama antara parti politik di sesebuah negara adalah perkara yang digalakkan Islam atas dasar kebajikan bersama.

“Rentetan dari naratif ‘Islam terancam’, lahir pemikiran perjuangan Islam hanya didominasi oleh Pas. Dengan maksud tersirat perjuangan parti orang Islam yang lain bukanlah perjuangan Islam.

“Dari situlah juga lahir ungkapan yang masyhur dahulu iaitu ‘ucapan kita adalah jihad, melawan puak-puak ini adalah jihad dan jika mati adalah mati Islam’,” katanya.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO itu menambah, pemikiran sedemikian melahirkan golongan taksub kepada parti sehingga pertembungan antara parti politik menjadi pertembungan Islam dan bukan Islam, pertembungan antara perjuangan Islam dan bukan perjuangan Islam dan pertembungan antara Islam dan musuh Islam.



Mohd Khairuddin mendakwa, syurga dijual sebagai ‘pelaris’ sehingga melahirkan golongan taksub yang ‘menerakakan’ orang lain.

“Pemikiran ini meraja dalam pemikiran ahli-ahli bawahan malah kepimpinan. Ia bukan isu lapuk tetapi manifestasi pemikiran terkini,” jelasnya.

Beliau berpandangan, pemikiran tersebut perlu diperbetulkan bagi melahirkan politik harmoni yang meraikan perbezaan pendapat.

“Justeru, suburlah politik persaingan antara parti bagi menonjolkan siapa yang lebih bagus dan baik pada tadbir urus dan tata kelolanya,” jelasnya.



Mohd Khairuddin memberitahu, konsep perjuangan Islam mesti diperbetulkan dan diperluaskan kefahamannya sebagai perjuangan menobatkan akidah, syariat dan akhlak Islam dalam negara.

“Ia telah diperjuangkan sejak merdeka lagi oleh kerajaan semasa ketika itu yang dipimpin oleh UMNO Barisan Nasional (BN),” katanya. MG

Naratif Pas kononnya Islam terancam punca suhu politik panas – Khairuddin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta

Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….



Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik

Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker